Aktiviti di Tempat Pelancongan

Salam...buat semua pengunjung Blog Pelancongan Terengganu. Kali ini admin hendak berkongsi dengan semua pengunjung yang budiman tentang keratan akhbar SINAR HARIAN keluaran pada 14 Julai 2010 yang lalu. Tujuan admin paparkan keratan akhbar dalam blog ini supaya iannya dapat memberi informasi tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Terengganu yang tercinta ini.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED
dan
Sumber yang di petik dari akhbar SINAR HARIAN 14 Julai 2010.
Read More..

Sejarah Ringkas Golongan Masyarakat Melayu Terengganu

Salam...untuk kali ini, admin akan menulis tentang sejarah ringkas golongan Masyarakat Melayu Terengganu.


Golongan Pertama

Sejarah negeri Terengganu tidak diketahui dengan tepat sebelum 1700 Masihi. Sejarah kesultanan negeri Terengganu bermula apabila Tun Zainal Abidin menaiki tahta kerajaan Terengganu dalam tahun 1708 Masihi dengan gelaran Sultan Zainal Abidin 1. Semenjak itu, negeri Terengganu mempunyai seorang raja pemerintah yang berkuasa seperti mana negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Setelah sultan mangkat, anakanda baginda Tun Dalam menaiki tahta kerajaan dengan gelaran Sultan Mansur 1 pada tahun 1726. Baginda mempunyai dua puluh orang anak dan kesemuanya diberi nama dengan gelaran Tengku. Semenjak itulah kesemua anak raja di Terengganu diberi gelaran Tengku. Ia bertujuan menjaga taraf supaya berbeza dengan orang yang tidak mewarisi tahta kerajaan.

Read More..

Kampung Cina


Pintu gerbang yang menjadi mercu tanda Kampung Cina Kuala Terengganu

Nama negeri Terengganu mula disebut oleh pedagang negara China yang telah menggunakan Jalan Sutera maritin ke negara-negara Timur Tengah. Menurut Wong (2001), Han Shu merupakan salah sebuah buku Cina yang terawal memperkatakan tempat-tempat spesifik di Terengganu. Buku ini telah ditulis oleh Bangu semasa pemerintahan Dinasti Han di negara China.

Nama Terengganu juga ditulis semasa pemerintahan Dinasti Yuan oleh Wang Ta Yuan dalam bukunya Tao Yu Zhi Lie pada tahun 1349. Nama negeri Terengganu telah disebut Ting Jia Lu.
Nama Terengganu juga telah direkodkan dalam bibliografi negara-negara asing semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644). Nama Ting Ji Yi telah disebut dalam jilid 325.

Rentetan daripada kesan sejarah berkenaan maka di negeri ini telah wujud satu perkampungan yang dinamakan kampung Cina. Kampung Cina terletak di persisiran muara Sungai Terengganu. Rumah-rumah yang dibina di muara sungai, menggunakan kaki bajang (tiang) digunakan untuk mendirikan bahagian rumah di atas permukaan air sungai. Dahulu, bahagian hadapan rumah menghala ke sungai tetapi sekarang adalah sebaliknya.


Pada suatu masa dahulu Jalan Kampung Cina dikenali sebagai Jalan Kedai Payang (kiri), suasana jalan dan rumah-rumah yang boleh kita lihat pada hari ini (kanan)



Selepas kajian awal oleh Badan Warisan Malaysia, Kampung Cina telah dipilih sebagai salah satu daripada "100 Tempat yang Terancam" oleh World Monument Watch pada September 1997. Dengan peruntukan geran yang diberikan, satu kajian awal dan pemulihan muka bangunan telah dilakukan pada rumah no. 51 dan 53 Jalan Kampung Cina. Jom datang ke Terengganu untuk melihat sendiri peninggalan warisan sejarah ini.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



Sumber dipetik dari judul buku: Warisan Terengganu
Read More..

Membina Istana Pasir di Pantai Pulau Kapas






Aktiviti ini admin jalankan sewaktu mengunjungi Pulau Kapas, Marang Terengganu pada 25 Mei 2010.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

Read More..

Perpustakaan Awam Negeri Terengganu


Pemandangan di pintu hadapan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.


Bangunan Perpustakaan Awam Terengganu dari persimpangan lampu isyarat
berdekatan dengan Jambatan Sultan Mahmud.



Reka bentuk dan seni bina bangunan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu menarik.



Indah...landskap yang terdapat di halaman PAT.


Ruang Legar Utama di aras bawah PAT.


Anjung Santai...tempat untuk pengunjung menjamu selera, antara menu yang disediakan di sini ialah makanan berasaskan roti, donat dan kek.

Sambutan Hari Keluarga di PAT(gambar kiri), Anjung Santai, tempat minum (gambar kanan)

Salam...hari ini admin Blog Pelancongan Terengganu akan menulis info tentang Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Antara kemudahan yang terdapat di perpustakaan ini ialah Dewan Teater, Dewan Serbaguna dan Bilik Seminar. Untuk maklumat lebih lanjut sila kunjungi laman web http://www.trglib.gov.my/



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

Read More..

Aktiviti Keyakinan di Air




Salam...kali ini admin akan berkongsi pengalaman melakukan aktiviti keyakinan di air. Aktiviti ini admin lakukan bersama ahli Kelab Pelancongan SMK Belara di Pantai Pulau Kapas, Marang Terengganu.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

Read More..

Terengganu Sepintas Lalu


Salam...untuk komentar pagi ini, admin akan menceritakan sepintas lalu tentang negeri Terengganu. Terengganu Darul Iman mempunyai tujuh buah daerah. Negeri ini terkenal kerana keindahan dan ia merupakan destinasi pelancongan yang penting di negara kita. Pantainya yang putih bersih sepanjang 244km dari Besut ke Kemaman.

Pendaratan penyu di Terengganu

Air lautnya yang kebiruan merupakan aset keindahan semulajadi yang boleh menggamit hati setiap pengunjung yang mengunjungi negeri Terengganu. Negeri ini juga terkenal dengan pulau-pulau yang indah, hasil seni budaya seperti barangan tembaga, songket, batik dan barangan anyaman. Pastinya ikon yang sentiasa berkait rapat dengan negeri ini ialah penyu. Pendaratan aktiviti penyu di Terengganu sentiasa dinati-natikan oleh semua pengunjung apabila tiba musim pendaratan penyu.
Read More..

Gelaran Orang Melayu Terengganu

Masyarakat Melayu Terengganu boleh digolongkan kepada tiga berdasarkan kepada ciri-ciri persamaan dalam pemakaian gelaran yang digunakan. Pertamanya ialah golongan Keluarga Diraja. Kedua, golongan yang memakai gelaran Tengku, Cik Wan, Megat dan Syed. Manakala yang ketiga terdiri daripada golongan yang memakai gelaran Tun, Nik, Wan, Long, Syeikh, Encik atau Cik dan tanpa gelaran.

Kumpulan keluarga golongan pertama tinggal di kawasan bandar Kuala Terengganu, khususnya di istana dan kawasan persekitarannya. Baginda sultan bersemayang di Istana Badariah dan kaum kerabat baginda pula tinggal berhampiran dengan istana tersebut, Istana Maziah, Istana Kolam dan beberapa tempat di bandar. Golongan ini paling dihormati oleh seluruh masyarakat Terengganu kerana ia mempunyai status paling tinggi dalam masyarakat.

Golongan kedua tinggal di perkampungan yang berasingan mengikut gelaran masing-masing. Bagi yang bergelar Tengku kebanyakannya tinggal di daerah Kuala Terengganu, Besut dan Setiu. Mereka yang bergelar Cik Wan pula terdapat di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kijal, Kemaman. Mereka yang bergelar Megat terdapat di sekitar Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu iaitu Wakaf Tapai dan Bukit Berapit. Manakala mereka yang bergelar Syed pula terdapat di sekitar Kuala Terengganu.


Sumber dipetik dari judul buku: Warisan Terengganu


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
Read More..

Swimathon Antarabangsa Kapas Marang 2010

Aktiviti Swimathon Antarabangsa Kapas Marang 2010 berlangsung pada 17 April 2010. Kejohanan tahunan ini dianjurkan oleh kerajaan negeri sebagai salah satu daripada aktiviti teras dalam kalendar pelancongan negeri. Dalam perlumbaan ini peserta perlu menamatkan renangan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut. Berikut adalah laporan yang di petik dari alamat http://mstar.com.my tentang acara yang telah berlangsung ini.

Peserta Negara Ungguli Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2010

MARANG: Perenang negara Kevin Yap Soon Choy dan Leung Chui Lin masing-masing muncul juara keseluruhan acara lelaki dan wanita pada acara Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2010 di sini hari ini.

Kevin Yap, pemenang pingat perak Sukan SEA Laos lepas, menamatkan perlumbaan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut dengan catatan masa 1 jam 33 minit 33 saat.

Tempat kedua dalam kategori umur 20-34 tahun itu pula dimenangi oleh peserta tempatan Nor Mohamad Ibrahim dengan masa 1:45:20s diikuti Azhar Aman dengan masa 1:45:53s.

Dalam pada itu, peserta wanita Leung pula mencatatkan masa 1:33.:35s untuk menjuara kategori 20 tahun ke atas diikuti oleh Lai Mei Juan dengan masa 1:37:13s dan Khoo Cai Lin di tempat ketiga dengan catatan masa 1:38:58s.

Peserta dari United Kingdom, Andrew Tebbutt pula memenangi acara lelaki 35-49 tahun dengan masa 1:34:23s, manakala tempat dua Yau Yee Ming dan Kohing Bin Antak kedua-dua dari Malaysia.

Kohju Okano dari Jepun pula muncul juara kategori lelaki 50 tahun ke atas setelah menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1:52:36 manakala tempat kedua Han Ah Wah (Malaysia) dan ketiga Eduard Nowak (Jerman).

Bagi kategori lelaki 12-19 tahun, tiga tempat teratas dikuasai oleh peserta Malaysia iaitu Nor Adli Safwan Sarman, Norshaniran Norsam dan Tan Aik Jun.
Juara bagi semua kategori menerima hadiah wang tunai RM2,000, kedua (RM1,500) dan RM1,000 bagi tempat ketiga.

Pertandingan itu disertai seramai 293 orang peserta tempatan, dan dari beberapa negara termasuk Australia, Kanada, Denmark, Jerman, Indonesia, Jepun, Singapura, Sepanyol dan Vietnam.

Kejohanan tahunan itu dianjurkan kerajaan negeri sebagai salah satu daripada aktiviti teras dalam kalendar pelancongan negeri tahun ini.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
Read More..

Daulat Tuanku

Semoga Allah Lanjutkan Usia

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

Sultan Dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman
Serta Segala Jajahan Takluknya

Dan

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTANAH NUR ZAHIRAH

Sultanah Terengganu
Sempena Sambutan Ulang Tahun Yang Ke-48
Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
Pada 20 Julai 2010 Bersamaan 8 Syaaban 1413 H

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dan Sembah Takzim
Daripada

Admin,
Blog 'http://terengganumenarik.blogspot.com/'.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
Read More..

Perhentian Island Challenge 2010

Salam...kerajaan Terengganu sentiasa giat mempromosikan keindahan semulajadi dan warisan yang terdapat di negeri ini. Acara seterusnya yang akan berlangsung pada bulan oktober nanti ialah Acara 'Perhentian Island Challenge 2010' bertempat di Pulau Perhentian Besut, Terengganu.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”

Read More..

Redang Underwater Challengge 2010


Salam...Cabaran Redang Underwater Challengge 2010 telah berlangsung di Pulau Redang pada 14 hingga 16 Mei 2010, Terengganu. Program ini melibatkan penyertaan 100 orang di mana 20 orang jurugambar menyertai pertandingan fotografi landskap. Menariknya dalam aktiviti kali ini juga ialah penyertaan 25 orang penyelam yang mengambil bahagian dalam pertandingan fotografi dasar laut.

Redang Underwater Challengge 2010 dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Zaabar Mohd Adib, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Terengganu. Untuk rekod pertandingan ini telah memasuki tahun ketiga.

Dalam pertandingan ini, para penyelam diberi masa maksimum 45 minit untuk mengambil gambar yang terbaik setiap kali selaman. Pertandingan melukis dasar laut turut dipertandingkan. Pemenang untuk pertandingan ini akan diumumkan semasa 'Malaysia Internasional Dive Expo' pada 31 Julai 2010 nanti. Harapan admin semoga aktiviti ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan untuk masa akan datang.

“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


Read More..

Trek Jogging Bukit Besar Kuala Terengganu


Mercu tanda utama Bukit Besar "ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU",
mencuri pandangan setiap mata memandang.


Panorama Bukit Besar dari Jambatan Sultan Mahmud pada waktu malam.


Admin bersama rakan-rakan melakukan aktiviti fizikal di Bukit Bukit, Kuala Terengganu.

Salam...kali ini admin akan nukilkan tentang trek jogging yang sentiasa menjadi tumpuan ramai di daerah Kuala Terengganu. Tak lain tak bukan ialah trek jogging Bukit Besar Kuala Terengganu. Mercu tanda lokasi ini ialah terdapatnya papan tanda "ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU" yang menjadi perhatian ramai semua pengunjung yang datang ke Kuala Terengganu terutama yang melalui laluan dari Jambatan Sultan Mahmud. Di puncak bukit ini, terdapat pencawang telekomunikasi. Trek Jongging di Bukit Besar ini sangat mencabar mental dan fizikal para pengunjung yang datang untuk melakukan aktiviti fizikal.Pada hari minggu kita dapat melihat ramai pengunjung tidak kira peringkat usia datang untuk melakukan aktiviti jongging.Di Puncak Bukit Besar ini kita dapat menyaksikan hampir keseluruhan bandar Kuala Terengganu.

“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.


Read More..

Pulau Perhentian

Salam...Kali ini saya teruskan catatan berkait dengan tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Terengganu tercinta ini. Terengganu sememangnya terkenal dengan destinasi yang mempunyai pulau-pulau yang menarik. Kali ini saya akan pamerkan gambar-gambar kenangan admin semasa berada di Pulau Perhentian. Sedikit info berkait dengan Pulau Perhentian... merupakan sebuah pulau yang diiktiraf antara yang tercantik di dunia dan ianya menjadi pilihan seluruh pengunjung dari dalam dan luar negara kerana pemandangan serta terumbu karangnya menampilkan keunikkan tersendiri dan spesies ikan yang terdapat di pulau ini mempunyai pelbagai warna.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
Read More..

Tasik Rekreasi Taman Tamadun Islam


Admin dan anak-anak serta kemudahan rekreasi di Tasik Rekreasi TTI.



Salam..Tasik Rekreasi Taman Tamadun Islam merupakan kawasan tasik buatan manusia. Oleh kerana lokasinya berada di dalam kawasan Taman Tamadun Islam ianya telah menjadi satu lokasi yang cukup strategik untuk pengunjung menikmati aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

Read More..

Panorama SMK Belara


Panorama dari atas: Kompleks Asrama SMK Belara


Panorama dari atas: Bengkel Kemahiran Hidup (di tengah)


Panorama dari atas: Surau Sekolah

Salam…salah satu tempat yang menarik terdapat di Terengganu ialah panorama di Sekolah Menengah Kebangsaan Belara (SMK Belara). Sekolah Menengah Kebangsaan Belara telah dibuka dengan rasminya pada 15 Mei 1978 (8 Jamadil Akhir 1398 ) oleh YAB Dato Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu. Pada peringkat awal penubuhanya, sekolah ini terdiri daripada 4 blok bangunan iaitu blok A (Dewan dan Bilik kelas ), blok B (ERT) dan blok C (Bilik Kelas dan Makmal) dan bangunan kantin. Diikuti dengan satu blok bangunan bengkel dengan prasarana ini sekolah mampu menerima pendaftaran pelajar seramai lebih 300 orang pelajar dan seramai 16 orang guru.

SMKB menerima pelajar-pelajar daripada kawasan sekitar dengannya iaitu SRK. Belara, SRK. Kampung Tengah, SRK. Kesom, SRK. Beladau Kolam, SRK. Manir, SRK. Bukit Petiti, SRK. Kampung Tengah, SRK. Banggol Peradong, SRK. Pulau Manis, SRK. Bukit Taduk dan beberapa sekolah lain. Majoriti pelajar sekolah ini berbangsa melayu .

Pada tahun 1987, SMKB mendapat 3 blok tambahan (satu tingkat) dan blok yang dinamakan blok Langsat, Pendidikan Seni dan blok Duku. Sejajar dengan pertambahan pesat bilangan pelajar, sekolah ini terus berkembang dan bertambah bilangan bilik–bilik kelas. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1989 SMKB telah mendapat dua blok tambahan dua tingkat iaitu blok D(Bangunan Pentadbiran /Bilik guru dan Makmal) dan blok E (Blik kelas dan Koperasi).Bilik tambahan ini telah dibuka dengan rasminya oleh YB. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan iaitu pada 13 Jun 1989 (9 Zulkaedah 1409)

Pada tahun 1989 telah dibina sebuah surau yang boleh menampung seramai lebih kurang 1000 pelajar. Pada tahun 1990 sebuah asrama desa yang mampu menampung 100 orang pelajar (50 orang lelaki dan 50 orang perempuan) telah siap dibina diikuti dengan 4 unit rumah guru.Pada tahun 2000 sebuah blok (satu tingkat) 4 bilik kelas telah siap dibina.

Pada akhir tahun 2004, 2 blok bangunan tambahan 3 tingkat, sebuah dewan, 2 blok bangunan Asrama dan surau dan sebuah makmal ICT telah siap dibina pada akhir 2005. Mulai 2006 kelas ICT mula diperkenalkan.

Pada tahun 2010 jumlah pelajar seramai 2154 orang dengan jumlah guru seramai 166 orang dan 75 kelas. Sistem persekolahan 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
dan
sumber yang di petik dari laman:
http://www.smkbelara.webs.com/

Read More..

Songket Terengganu

Salam… antara warisan seni yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Terengganu ialah songket. Songket Terengganu terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 lagi. Songket adalah kain yang terhasil dari tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau benang perak. Perkataan Songket adalah dari perkataan 'Menyungkit' yang mana benang perlu di tenun dan disongkit bagi menghasilkan kain. Biasanya corak dan motif songket adalah berciri-cirikan budaya orang Melayu dan sekaligus melambangkan cita rasa orang Melayu yang bercorak susunan bunga penuh, susunan bunga tabur dan susunan bercorak. Songket Terengganu biasanya bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bermotif alam semulajadi dan motif binatang.

Admin dan rakan mengenakan samping (songket Terengganu).




“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”

Read More..