Ucapan Terima Kasih

Terima Kasih...





dan sekalung tahniah untuk Unit Komunikasi dan Kerajaan Negeri Terengganu kerana berjaya menganjurkan satu pertandingan yang cukup KREATIF.


Read More..

Festival Kebudayaan Kuala Terengganu 2010


Banner ini admin rakam sewaktu berada di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.


Deretan 'booth' menanti kedatangan pengunjung ke Festival Kebudayaan Kuala Terengganu 2010 (gambar dirakam oleh admin dari arah Seberang Takir
di tepi tebingan muara Sungai Terengganu).

Kerajaan Terengganu terus kreatif menganjurkan berbagai program untuk kesejahteraan rakyatnya. Antara program yang akan berlaku dalam masa terdekat ini ialah Festival Kebudayaan Kuala Terengganu 2010. Festival ini akan berlangsung dari 01 hingga 14 Oktober 2010 di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu dan ia merupakan program rutin yang dianjurkan setiap tahun.

Apabila datang ke festival ini pengunjung boleh melihat kegiatan atau aktiviti kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat sekeliling kita. Antara aktiviti yang ditonjolkan melalui menganjuran festival ini ialah permainan tradisional, pameran hasil kraf tangan dan produk IKS (Industri Kecil dan Sederhana), jualan hasil kraf tangan dan produk-produk IKS , nyayian artis dan berbagai lagi acara yang pastinya menyerikan lagi festival ini.

Jom datanglah beramai-ramai ke festival kebudayaan ini untuk kita raikan bersama-sama warisan kebudayaan yang dimiliki ini.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”

Read More..

Ekspresi


Nama Pengendali Blog:
Ahmad Yusri bin Jusoh @ Mohammed

Nama Blog:
Blog Pelancongan Terengganu

URL:
http://terengganumenarik.blogspot.com

Tarikh Blog dibina:
13 Jun 2010

Keterangan Blog:
Objektif awal pembinaan Blog Pelancongan Terengganu ini diwujudkan untuk menyertai PERTANDINGAN BLOG PELANCONGAN TERENGGANU 2010. Namun begitu minat mendalam terhadap aktiviti penulisan dalam blog dan sebagai dokumen catatan peribadi membuat saya mengambil keputusan untuk terus menulis di Blog Pelancongan Terengganu ini.


Read More..

Projek Bumi Hijau di SMK Belara Kuala Terengganu


Papan tanda Projek Bumi Hijau "Pertanian Menjana Pembangunan" (gambar kiri) dan
kolam ikan yang terdapat air terjun di atasnya (gambar kanan).


Unik dan menarik...sebuah perahu menjadi tempat tanaman kangkung.



Salam buat semua pengunjung Blog Pelancongan Terengganu. Untuk posting kali ini admin akan paparkan gambar-gambar menarik Projek Bumi Hijau di SMK Belara Kuala Terengganu. Objektif projek ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepelbagaian jenis tanaman makanan yang wujud di persekitaran mereka. Antara tanaman yang terdapat di sini ialah pokok limau nipis, daun pandan, kangkung, serai wangi, kacang bendi, lada, daun kesom dan lain-lain tanaman makanan. Jom berkunjung ke SMK Belara untuk melihat keindahan dan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

Read More..

Baik Pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Aktiviti baik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sedang giat dijalankan.

Kerja baik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dinantikan oleh seluruh rakyat negeri Terengganu. Saya percaya seluruh rakyat Terengganu ingin melihat stadium yang menjadi kemegahan di negeri ini kembali sempurna seiring dengan kejayaan yang ditempa oleh atlet Terengganu dalam setiap pertandingan sukan samada di dalam atau luar negara.

Hari ini ramai atlet dari Terengganu yang telah mengharumkan nama negara kita di mata dunia. Dalam sukan lumba basikal, nama gah seperti Anuar Manan dan Azizul Hasni Awang. Begitu juga penglibatan atlet cilik negeri Terengganu dalam kejohanan Formula Future samada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Semalam admin merakamkan kerja-kerja baik pulih yang sedang dijalankan untuk tatapan pengunjung Blog Pelancongan Terengganu.

Bahagian stadium di sebelah barat telah dibersihkan daripada sisa-sisa runtuhan.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

Read More..

Video Tahun Melawat Terengganu 2008

Salam di kesempatan ini admin ingin berkongsi dengan pengunjung semua tentang video yang memaparkan keunikan aktiviti dan budaya di negeri Terengganu.



Read More..

Panorama Menarik di Kg. Seberang Takir




Pemandangan menarik dari Jeti Penambang Seberang Takir, Kuala Terengganu.


Benteng ini menjadi tumpuan kaki pancing.

Admin...sewaktu di benteng Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu
Read More..

Menikmati Air Buah Gelas Besar


Pemandangan di hadapan Kedai Air Buah Pak San (gambar kiri), buah-buahan untuk menghasilkan air buah 'pior' (gambar kanan).


Wah! besarnya meja...


Harganya berpatutan...


Sudut Kenangan....antara koleksi gambar pengunjung 'terkenal' yang pernah bertandang ke sini.


Tidak lengkap sekiranya kunjungan anda ke Kampung Bukit Tok Beng tidak menjengah kedai Air Buah Pak San. Baru sebentar tadi admin pulang dari kedai air buah ini. Kedai air buah Pak San merupakan kedai yang paling sohor bagi pengunjung dalam dan luar Terengganu.

Lokasi kedai ini lebih kurang 1km dari tempat kedai yang menjual keropok lekor Kampung Bukit Tok Beng dan lokasi kedai ini ialah di tepi jalan utama yang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. seingat admin kedai Air Buah Pak San ini merupakan antara kedai yang terawal menjalankan perniagaan berasaskan minuman buah-buah di sekitar Kuala Terengganu. Pada ketika itu admin sedang belajar di SMK Ibrahim Fikri (1993). Akhir kata datanglah ke Kedai Pak San untuk menikmati air buah 'pior' yang terdapat di Terengganu ini.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

Read More..

Kelebihan Keropok Lekor Kg. Bukit Tok Beng


Bahagian hadapan kedai keropok lekor yang menjadi pilihan ramai di Kampung Bukit Tok Beng.


Tempat memproses keropok lekor dan kelihatan pekerja bertungkus lumus melakukan tugasan masing-masing (gambar kiri), ruangan makan di hadapan kedai (gambar kanan).


Admin bergambar bersebelahan mesin pembungkusan vakum keropok lekor.


Kelihatan pekerja rancak menambah kayu api untuk memastikan keropok lekor siap dimasak tepat pada masanya (gambar kiri), deretan periuk besar yang digunakan untuk
merebus keropok lekor (gambar kiri).

Salam, hari ini admin teringin makan keropok lekor yang sentiasa menjadi pilihan ramai terutama di sekitar Kuala Terengganu. Lokasi kedai yang menjual keropok lekor yang admin maksudkan ialah sebuah kedai yang terletak di Kampung Bukit Tok Beng berhampiran SK Bukit Tok Beng dan SMK Ibrahim Fikri. Jarak kedai ini dari bandar Kuala Terengganu kira-kira 7km dan ia terletak di jalan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Keropok lekor yang dijual di sini sentiasa menjadi pilihan ramai sama ada pengunjung dari dalam dan luar Terengganu untuk dijadikan ole-ole pilihan untuk di bawa pulang. Kenapa keropok yang dijual di sini menjadi pilihan? Secara peribadi admin yakin ramai yang setuju dengan pendapat admin ini. Pada pendapat admin keropok lekor yang dihasilkan sangat berkualiti (menggunakan isi ikan yang segar). Rasanya sangat dimakan enak walaupun kerepok lekor ini berada dalam keadaan 'sejuk' dan keropok lekor yang dihasilkan lembut isinya kerana campuran adunan isi ikan yang lebih banyak berbanding sagu. Admin pernah mempunyai pengalaman beratur panjang untuk membeli keropok lekor di sini dan kadangkala diwaktu terlalu ramai pelanggan pengusaha kedai memberikan nombor giliran kepada setiap pembeli.

Selain daripada keropok lekor produk lain yang boleh didapati di sini ialah keropok keping, keropok keping segera, pencicah keropok dan keropok lekor yang telah digoreng. Sesungguhnya kunjungan anda ke Terengganu khususnya ke Kampung Bukit Tok Beng tidak lengkap sekiranya tidak membeli ole-ole tersohor ini.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

Read More..

Sekitar Ekspo Pendidikan Terengganu 2010


Pentas yang digunakan untuk majlis perasmian Ekspo Pendidikan Terengganu 2010
dihias oleh AJK dari SMK Belara, Kuala Terengganu.

Salam, kali ini admin ingin berkongsi informasi sekitar Ekspo Pendidikan Terengganu 2010. Ekspo Pendidikan Terengganu yang berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 26 hingga 28 September 2010 yang bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) telah dirasmikan oleh Y.B.Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Turut serta di majlis tersebut Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan Encik Razali bin Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Antara objektif ekspo tersebut diadakan ialah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah mencipta kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Disamping itu, ia juga memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah cemerlang peperiksaan awam dan pengurusan prasarana sekolah terbaik diperingkat negeri. Selain itu ialah untuk memperagakan aktiviti murid kepada masyarakat dan memperkasakan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Terdapat sebanyak 60 buah booth pameran, 40 buah sekolah dan 3 buah institusi yang terlibat. Antara Institusi Kemahiran yang turut serta ialah Institusi Latihan Perindustrian Gong Badak, Politeknik Kuala Terengganu dan Kolej Komuniti TESDEC.


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR EKSPO PENDIDIKAN TERENGGANU 2010
YANG MELIBATKAN AKTIVITI WARGA SMK BELARA



Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong (Pengarah Pelajaran Terengganu) dan Y.B. Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu) mengunjungi 'booth' SMK Belara.




“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED
dan
sumber yang dipetik dari:
http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/v2

Read More..

Kenangan di Masjid Kristal Kuala Terengganu



Video di atas dirakamkan ketika admin dan keluarga bersiar-siar di perkarangan Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Read More..

Panorama di Tasik Kenyir

Menuruni benteng untuk menaiki bot ke Petang Island Resort.





Peluang menyaksikan keindahan tasik buatan manusia yang tidak
mampu dilepaskan walau sedetik.


Rombongan sewaktu tiba di Petang Island Resort.

Salam, untuk posting kali ini admin akan berkongsi dengan pengunjung Blog Pelancongan Terengganu panorama indah yang dirakam ketika menghadiri Kursus Kepimpinan Pelajar Peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan di Petang Island Resort, Tasik Kenyir Terengganu.



Read More..