SaatKu Idamkan

Salam...petang ini admin telah mendapat satu email yang nanti-nantikan...syukur...ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penganjuran KREATIF ini. Email tersebut seperti di bawah;

PENGARAH UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan
Anda Yang Dihormati (Peserta Layak Pertandingan)
Ke :

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010

Tarikh : 2 November 2010 (Selasa)
Masa : 4.30 petang
Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu
Pakaian : Kemas / Pejabat / Batik

“MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN”

ATURCARA

4.30 petang : Ketibaan Jemputan
4.50 petang : Ketibaan VIP
5.00 petang : Ketibaan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
Menteri Besar Terengganu

: Bacaan Doa

: Ucapan YB Datuk Haji Abdul Rahin bin Mohd Said
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan
dan Warisan Negeri, Terengganu.

: Ucapan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
Menteri Besar Terengganu.

5.50 petang : Ulasan Ketua Hakim Pertandingan Blog Pelancongan
Terengganu 2010.

6.00 petang : Keputusan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog
Pelancongan Terengganu 2010

: Sesi Bergambar
: Jamuan Ringan
: Bersurai



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”

Read More..

Menyaksikan Penerbangan Terus Jemaah Haji ke Jeddah


Gambar: Lanskap menarik berhampiran jalan menuju LTSM Kuala Terengganu.


Gambar: Kemudahan khemah dan permukaan tanah berturap disediakan oleh pihak kerajaan negeri untuk keselesaan pelawat.


Gambar: Sabar menanti...pelawat setia menunggu pelepasan jemaah haji.


Gambar: Admin dan Adeeb...

Salam, gambar-gambar di atas dirakam oleh admin semalam, 18 Oktober 2010 antara 7.30 malam hingga 9.30 malam di LTSM Kuala Terengganu. Tujuan admin ke sini untuk melihat dan merasai detik-detik bersejarah yang berlaku di bumi Terengganu, iaitu penerbangan terus para jemaah haji ke Jeddah.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

Read More..

Penerbangan Terus Ke Jeddah

Penerbangan Malaysia (MAS) mengadakan penerbangan membawa jemaah umrah secara terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Arab Saudi pada 18 Mac tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penerbangan itu dijangka mengambil masa sembilan jam 45 minit untuk sampai ke Jeddah.
"Atas hubungan baik pihak MAS dengan kerajaan negeri khususnya dalam urusan penerbangan jemaah haji, program perintis ini bakal memberi peluang kepada 450 orang rakyat negeri ini menikmati perkhidmatan itu.

"Dengan kadar tambang lebih rendah, pakej umrah 10 hari itu akan memberi keutamaan kepada petugas-petugas haji di negeri ini, pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan ia dibuka kepada seluruh rakyat Terengganu jika sambutan diterima amat menggalakkan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghantar 344 jemaah haji menaiki penerbangan KT26 di LTSM dekat sini malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang, beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dan wakil-wakil rakyat.Tambah Ahmad, bagi memastikan LTSM yang memiliki landasan ketiga terpanjang di negara ini terus 'hidup', kerajaan negeri dan MAS merancang membuka semula laluan ke Pulau Pinang serta mewujudkan laluan penerbangan ke empat destinasi di Thailand.

"Saya pernah mengadakan perbincangan dengan seorang Ahli Parlimen Thailand supaya bakal jemaah haji dari selatan negara berkenaan menggunakan LTSM untuk ke Jeddah," katanya.Pada tahun ini jelasnya, kerajaan negeri menyediakan subsidi RM3.9 juta untuk jemaah haji, meliputi aspek penyediaan makanan dan persiapan.

Sementara itu katanya, sebanyak tujuh penerbangan dari LTSM membawa 2,387 jemaah haji yang terdiri daripada 1,545 jemaah dari Terengganu selain Kelantan (647), Pahang (109) dan 86 jemaah dari lain-lain negeri pada musim haji tahun ini.



Sumber di atas dipetik dari:
http://www.utusan.com.my
Read More..

TTGA Bantu Kerajaan Negeri Promosi Tanah Besar

Bagi membantu Kerajaan Negeri mempromosikan aset pelancongan di kawasan tanah besar, Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu (TTGA) bersedia untuk memberi kerjasama.

Timbalan Pengerusi TTGA, Mohd Nor Ismail berkata, usaha ini perlu dilakukan secara berterusan bagi mengelakkan pelancong luar terutama dari Eropah hanya mengenali Terengganu dengan pulau sahaja.

"Ini sebab, kawasan tanah besar sebenarnya turut mempunyai kawasan yang menarik tetapi tidak dikomesialkan secara serius sehingga banyak tempat bersejarah seolah-olah 'mati'." katanya.

Menurutnya, bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di tanah besar terus hidup masyarakat tidak boleh menganaktirikan fungsi pemandu pelancong kerana kumpulan ini boleh membantu industri pelancongan.

"Justeru, TTGA berharap kerjasama dari semua pihak boleh menjadi pemangkin dalam menyampaikan maklumat kepada pelancong mengenai keistimewaan tanah besar di negeri ini," katanya.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”




Sumber di atas dipetik dari:
SINAR HARIAN (ISNIN, 18 OKTOBER 2010)
Read More..

Rumah Limas Bungkus (Istana Tengku Long)

Rumah ini berbentuk Rumah Perabung Lima. Bumbungnya yang berbentuk sebuah perabus lurus dan diikuti oleh empat buah perabung menurun kecucuran atap. Rumah ini berunsur campuran seni bina Belanda. Menurut catatan Tan Sri Haji Mubin Sheppard istana ini dibina pada tahun 1850 M tetapi kalau diteliti pada tarikh yang terdapat pada salah satu ukiran pada istana ini ianya bertarikh 1904 M. Keluasannya 27.43m x 21.34m persegi dan diperbuat daripada kayu cengal dan dinding dipenuhi ukiran-ukiran yang halus serta indah. Atapnya daripada senggora yang diimport dari Patatani, Thailand. Dindingnya pula terdiri daripada berbagai-bagai jenis seperti papan berlidah, papan tindih kasih dan janda berhias. Ukiran-ukiran yang terdapat pada istana ini juga daripada berbagai-bagai jenis seperti awan larat, flora, geometri serta kaligrafi.

Binaan struktur Istana Tengku Long adalah daripada teknik pasang siap, strukturnya berbentuk tiga segi. Kerangkanya digunakan pada sistem alang serta sistem tanggam, pasak, pemeting dan tetupai. Binaan asas sangat berbeza terutama bahagian surung yang lebih tinggi dikhaskan kepada raja manakala bahagian serambi yang berlantai rendah digunakan oleh orang kebanyakan.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


Sumber di atas dipetik dari Judul Buku: Kota Warisan Tinggalan Berzaman (ms34).
Read More..

Menyaksikan Sejarah Penerbangan Terus

Gambar di atas dirakam oleh admin di LTSM sewaktu menyaksikan penerbangan bersejarah.

Kali ini admin ingin berkongsi peristiwa bersejarah yang dicipta oleh negeri Terengganu. Sejarah yang dimaksudkan ialah penerbangan terus jemaah haji dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Jeddah, Makkah.

Arkib Sejarah:

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
13/10/ 2008

KUALA TERENGGANU: Penerbangan Malaysia (MAS) mencacat sejarah tersendiri apabila pesawatnya, Boeing 747- 400 berjaya melakukan pendaratan sulung di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, kelmarin.

Penerbangan penuh bersejarah yang membawa seramai 224 penumpang termasuk rombongan media dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selamat mendarat di LTSM kira-kira jam 3 petang, disambut meriah dengan pancutan air selepas pesawat selamat mendarat di LTSM.

Pengurus Besar Kanan Hubungan Luar MAS, Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang, berkata penerbangan berkenaan turut membawa seramai 40 orang anak yatim dari Terengganu yang ‘diterbangkan’ khas ke KLIA sebelum berlepas ke LTSM sebagai memeriahkan acara bersejarah itu.

“Dengan pendaratan ini, ia menandakan bermulanya operasi penerbangan antara Kuala Terengganu ke Jeddah, Makkah untuk musim haji November akan datang.

“Bakal haji kini akan terus ‘diterbangkan’ ke Makkh tanpa perlu melalui KLIA,” katanya yang mengendalikan penerbangan pertama pesawat berkenaan ke LTSM.

Penerbangan pesawat lebih dikenali sebagai ‘Jumbo Jet’ itu mengambil masa selama 35 minit, membawa penumpang menikmati keasyikan pemandangan indah bandar raya Kuala Terengganu dari udara sebelum mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Sebaik tiba di LTSM, penumpang disambut meriah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang memasuki pesawat dan kelihatan sebak apabila memeluk erat Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang yang juga anak jati negeri itu.

Orang ramai yang menaiki pesawat berkenaan diberi sijil pengiktirafan daripada MAS sebagai penumpang pendaratan pertama Boeing 747-400 dari KLIA ke LTSM.

Sementara itu, Datuk Ahmad Said berkata, semua bakal haji dari Terengganu, Kelantan dan Pahang akan memulakan penerbangan terus dari LTSM ke Jeddah mulai 13 November ini.

“Seramai 3,000 jemaah akan berlepas ke tanah suci menggunakan pesawat Boeing 747-400 dengan 18 penerbangan pergi dan balik dikendalikan pada tahun ini dan akan ditambah sehingga 20 penerbangan terus ke sana tahun depan,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Menandatangani Persetujuan Peruntukan Pengendalian Operasi Haji 1249H/ 2008M dari LTSM ke Jeddah antara Kerajaan Negeri Terengganu dan MAS serta Sambutan Pendaratan Pertama Pesawat B747-400.

Menurutnya, dari segi fasiliti disediakan, LTSM sudah mencapai taraf lapangan terbang antarabangsa.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"-
AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED
dan
sumber yang di petik daripada:
http://www.hmetro.com.my


Read More..

Kenangan Mandi-manda di Air Terjun Sekayu


Gambar di atas dirakam sekitar tahun 1996...kenangan admin (dua dari kiri)
bersama rakan-rakan maktab (MP Sains Bintulu) sewaktu mandi manda
di Air Terjun Sekayu, Kuala Berang Terengganu.

Masuk hari ini sudah 6 hari tarikh tutup Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu melabuhkan tirainya. Masa terus berlalu, namun admin tetap gigih untuk berkongsi informasi dengan pengunjung semua tentang tempat-tempat pelancongan menarik yang terdapat di negeri Terengganu. Untuk posting air terjun kali ini, admin akan nukilkan satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong yang datang ke Terengganu. Lokasi yang dimaksudkan ialah;

Air Terjun Sekayu

Air Terjun Sekayu terletak di Hutan Lipur Sekayu di Kuala Berang. Air terjun ini terletak kira-kira 16 km dari pekan Kuala Berang. Ia terletak dalam daerah Hulu Terengganu. Untuk sampai ke sini dari bandar Kuala Terengganu pengunjung boleh melalui jalan menuju ke Ajil ke Kuala Berang. Pengujung juga boleh menggunakan jalan Telemong untuk tiba ke bandar Kuala Berang dan seterusnya menuju ke Kampung Sekayu. Tarikan di sini ialah air terjun dan kawasan yang sesuai untuk berkelah dan bersantai. Airnya yang jernih tentu sekali mengamit perasaan pengunjung untuk mengunjunginya.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”

Read More..

Pulau Duyong Terima Tetamu

Pelayar dari Filipina tiba di Terengganu setelah satu bulan setengah berada di perairan Asia Tenggara dengan menjadikan Sandakan, Sabah sebagai destinasi pertama persinggahannya di Malaysia. Dengan menaiki tiga bot iaitu bot Diwata Ng Lahi, Masawa Hong Butuan dan Sama Tawi-Tawi dengan dianggotai 38 awak-awak dari Filipina, rombongan pelayaran itu tiba di Sandakan pada 15 Ogos lalu selain beberapa destinasi lain seperti Sarawak dan Singapura sebelum tiba di Pulau Duyong di sini, semalam.

Pelayaran ini bertujuan menjelajah seluruh Asia Tenggara dan selepas ini pelayaran akan diteruskan ke Thailand dan Kemboja sebelum bertolak balik ke Filipina. Wakil kerajaan Negeri Terengganu, Toh Chin Yaw berkata, pihaknya menyambut baik pelayar itu untuk menjadikan Pulau Duyong sebagai destinasi persinggahan. "Kami menyambut baik ketibaan mereka di sini supaya aktiviti itu dapat menarik minat golongan muda untuk turut serta selain memperkenalkan kepada mereka teknik pembuatan bot di negeri ini," katanya kepada pemberita.

Pelayaran itu bermula sejak Ogos lepas, dan dijangka tamat pada bulan depan, sebelum ini ia telah singgah di Sabah, Sarawak dan Singapura, kata Toh. Beliau berkata pasukan tersebut telah diberikan sambutan meriah sebaik tiba di sini dan kerajaan negeri akan mengadakan beberapa program bagi meraikannya antaranya melawat bengkel-bengkel pembuatan bot tradisional di Kampung Pulau Duyong yang tidak menggunakan paku.

Katanya ia bertujuan berkongsi pengalaman dan teknik dalam pembuatan bot kerana bot di Filipina juga dibuat dengan tidak menggunakan paku. Beliau berkata semasa berada di sini, pasukan itu juga akan dilibatkan dalam program bersama komuniti setempat supaya mereka mengenali adat dan kebudayaan rakyat negeri ini.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


Sumber di atas dipetik dari:
http://www.bernama.com
dan
SINAR HARIAN (AHAD, 03 OKTOBER 2010)

Read More..