Terlebih dahulu saya diamanahkan dan mewakili Panel Hakim mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Jawatankuasa Pertandingan Blog Pelancongan Negeri Terengganu 2010 yang telah memberikan kepercayaan jati kepada pihak kami dari Institusi Pendidikan Negeri Terengganu dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan aplikasi ICT untuk menganggotai barisan Panel Hakim di dalam mengadili pertandingan yang ulung kali diadakan ini pada tahun 2010.
Tahniah dan syabas dari kami saf Panel Hakim khasnya kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan Unit Komunikasi Negeri Terengganu sebagai sekreteriat kerana telah berjaya mengajak dan menganjurkan pertandingan yang seumpamanya ini yang telah berjaya mempromosikan pelancongan negeri Terengganu khasnya dan meningkatkan kemahiran serta daya saing ICT di kalangan bloggers pertandingan.
Dalam kesempatan ruang lingkup masa ini juga kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua bloggers yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan syabas sekali lagi kepada mereka kerana telah berjaya menghasilkan blog-blog yang menarik dengan penuh kreativiti, intraktif, inovasi serta informatis.
Blog, secara bahasa merupakan singkatan dari Weblog. Weblog sendiri merupakan singkatan dari “Logging The Web”. Asal-usul dari istilah “Logging The Web” adalah memasuki web dan menuliskan ‘kesimpulan link-link mana yang menarik‘ dan memberikan pendapat tentang link tersebut di jurnal online atau On Line Diary mereka.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan BloggersPertandingan ini telah diadili oleh barisan 4 orang hakim dan 7 hakim di peringkat teknikal yang mempunyai pengalaman dan berlatarbelakangkan kelulusan ikhtisas serta kepakaran ICT yang berbeza-beza terutama berhubung Pembangunan Web, Portal, Blog dan juga On Line Applications. Para juri telah mengalami kesukaran untuk menentukan pemenang-pemenang yang sebenar-benarnya di dalam semua kategori kerana persaingan di dalam menentukan kualiti blog yang bermutu di kalangan bloggers.
Sehubungan itu para juri telah membuat penilaian yang lebih terperinci serta berulangkali yang sangat memenatkan bagi membuat perbandingan kualiti setiap kriteria yang dinilai.
Untuk makluman hadirin sekelian kriteria yang dinilai dalam pertandingan ini ialah aspek-aspek berikut:-
1. Keaslian dan Ketulenan
2. Mesra Pengguna
3. Persembahan
4. Kreativiti dan Justifikasi.
Kami telah berusaha menguji keaslian bahan-bahan yang digunakan dengan membandingkan aspek mesra pengguna, menilai persembahan bahan, foto dan disiplin, membandingkan kreativiti dalam penyampaian serta menimbang-tara isi, susunatur dan gaya penyampaian.
Sebelum keputusan ini diumumkan izinkan kami ingin menyampaikan sedikit catatan dan ulasan berhubung kekuatan dan kelemahan dalam pertandingan pembinaan blog ini.
1. Kekuatan1. Bloggers menyediakan informasi yang asli berdasarkan pengalaman sebenar tempat-tempat yang pernah dilawati dengan memperkenalkan tempat-tempat menarik baru yang belum pernah dilawati.
2. Tahap kemahiran antara blogger amatur dan professional semakin rapat dan menjadi rangsangan untuk terus menambahbaik kualiti blog masing-masing berdasarkan persembahan gaya penulisan, teknik fotografi dan kemahiran menyunting kod.
3. Kebanyakan blog menyediakan utility dan kemudahan kepada pengguna untuk memahami dan mendapatkan maklumat dengan mudah seperti utiliti alih bahasa, utility of accessibility untuk golongan kurang upaya seperti kemudahan menukar saiz tulisan dan warna.
2. Kelemahan1. Kebanyakan bloggers kurang kreatif dalam menyediakan artikel untuk menyampaikan info yang menarik sesuatu tempat atau lokasi. Bloggers perlu fokus kepada “subject matter”.
2. Tidak mematuhi etika penggunaan bahan dari sumber kedua dimana para bloggers dengan sewenangnya mengambil bahan yang menjadi hakcipta pemilik lain atau ketidakpatuhan harta intelek. Sehubungan itu para bloggers perlu lebih cakna dan berhati-hati tentang etika menggunakan bahan dari sumber kedua dengan meletakkan sumber asal sesuatu bahan diperolehi.
3. Penyediaan bahan yang tidak menepati keperluan “target audience” seperti menggunakan bahasa dan gambar yang tidak sesuai.
4. Bloggers tidak sensitif kepada perubahan “content delivery” terkini seperti penggunaan peranti mudahalih PDA dan smart phone yang biasa digunakan oleh pelancong. Terdapat blog yang diakses dari smart phone tidak dapat memaparkan isikandungan web dengan format terbaik.
3. Cadangan1. Penulis blog perlu menyediakan informasi sampingan sebagai tambahan kepada artikel yang memperkenalkan tempat menarik ditempat mereka seperti peta, pelan, kemudahan pengangkutan, kadartambang, dan kemudahan penginapan.
2. Penggunaan utiliti baru untuk memudahkan pembaca seperti mobile plug-in untuk memudahkan pengguna akses dari peralatan mobile, sistem kuari kod yang boleh dihubung secara terus ke laman web lain yang menyediakan informasi lain.
3. Menyediakan maklumat bantuan tambahan seperti koordinat lokasi GPS atau pemetaan jalanan (road map)
Kami berpendapat, secara keseluruhannya, mutu blog dan laman sesawang dalam pertandingan ini amat baik terutamanya kategori terbuka yang disertai oleh sebahagian blogger bertaraf proffesional.
Namun,kualiti blog boleh dipertingkatkan lagi jika para bloggers membuat pemenambah-baikan dalam aspek informasi, kualiti foto, gaya penulisan, rekabentuk laman, kesesuaian utility dan mesra penggunaan agar laman-laman yang dihasilkan menerusi pertandingan ini mencapai objektif menyediakan kemudahan mendapatkan informasi berkaitan Negeri Terengganu.
Orang yang tidak berjaya dalam usahanya adalah terlebih baik daripada orang yang tak berusaha sama sekali. Manakala berani di dalam menyatakan pendirian adalah sifat satria, tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku adalah lebih satria. – Prof Dr Hamka
Sekian, terima kasih.
Waallahualam.
Artikel di atas dipetik dari: http://blogtrgtourism.blogspot.com
Read More..