Trek Jogging Bukit Kecil Terengganu


Admin dan rakan-rakan melakukan aktiviti kecergasan fizikal di Trek Jogging Bukit Kecil Kuala Terengganu.


Bergambar kenangan di puncak bukit berlatar belakang Bandaraya Kuala Terengganu.

Salam, Trek Jogging Bukit Kecil Kuala Terengganu sesuai dijadikan pilihan kepada pengunjung untuk melakukan aktiviti senaman dan ketahanan fizikal. Admin dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti fizikal di sini. Berdasarkan pengalaman admin, pendakian ke puncak Bukit Kecil ini sangat menyamankan kerana terdapat pokok-pokok yang menutupi jalan dari sinaran matahari yang terik.

Apabila berada di puncak bukit pengunjung boleh menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Terengganu yang indah. Antara kemudahan yang bakal diwujudkan dan masih dalam proses pembinaan ialah kedai makan, tandas dan pondok rehat.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

0 Responses