Menyaksikan Sejarah Penerbangan Terus

Gambar di atas dirakam oleh admin di LTSM sewaktu menyaksikan penerbangan bersejarah.

Kali ini admin ingin berkongsi peristiwa bersejarah yang dicipta oleh negeri Terengganu. Sejarah yang dimaksudkan ialah penerbangan terus jemaah haji dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Jeddah, Makkah.

Arkib Sejarah:

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
13/10/ 2008

KUALA TERENGGANU: Penerbangan Malaysia (MAS) mencacat sejarah tersendiri apabila pesawatnya, Boeing 747- 400 berjaya melakukan pendaratan sulung di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, kelmarin.

Penerbangan penuh bersejarah yang membawa seramai 224 penumpang termasuk rombongan media dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selamat mendarat di LTSM kira-kira jam 3 petang, disambut meriah dengan pancutan air selepas pesawat selamat mendarat di LTSM.

Pengurus Besar Kanan Hubungan Luar MAS, Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang, berkata penerbangan berkenaan turut membawa seramai 40 orang anak yatim dari Terengganu yang ‘diterbangkan’ khas ke KLIA sebelum berlepas ke LTSM sebagai memeriahkan acara bersejarah itu.

“Dengan pendaratan ini, ia menandakan bermulanya operasi penerbangan antara Kuala Terengganu ke Jeddah, Makkah untuk musim haji November akan datang.

“Bakal haji kini akan terus ‘diterbangkan’ ke Makkh tanpa perlu melalui KLIA,” katanya yang mengendalikan penerbangan pertama pesawat berkenaan ke LTSM.

Penerbangan pesawat lebih dikenali sebagai ‘Jumbo Jet’ itu mengambil masa selama 35 minit, membawa penumpang menikmati keasyikan pemandangan indah bandar raya Kuala Terengganu dari udara sebelum mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Sebaik tiba di LTSM, penumpang disambut meriah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang memasuki pesawat dan kelihatan sebak apabila memeluk erat Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang yang juga anak jati negeri itu.

Orang ramai yang menaiki pesawat berkenaan diberi sijil pengiktirafan daripada MAS sebagai penumpang pendaratan pertama Boeing 747-400 dari KLIA ke LTSM.

Sementara itu, Datuk Ahmad Said berkata, semua bakal haji dari Terengganu, Kelantan dan Pahang akan memulakan penerbangan terus dari LTSM ke Jeddah mulai 13 November ini.

“Seramai 3,000 jemaah akan berlepas ke tanah suci menggunakan pesawat Boeing 747-400 dengan 18 penerbangan pergi dan balik dikendalikan pada tahun ini dan akan ditambah sehingga 20 penerbangan terus ke sana tahun depan,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Menandatangani Persetujuan Peruntukan Pengendalian Operasi Haji 1249H/ 2008M dari LTSM ke Jeddah antara Kerajaan Negeri Terengganu dan MAS serta Sambutan Pendaratan Pertama Pesawat B747-400.

Menurutnya, dari segi fasiliti disediakan, LTSM sudah mencapai taraf lapangan terbang antarabangsa.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"-
AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED
dan
sumber yang di petik daripada:
http://www.hmetro.com.my


1 Response
  1. Vigourmarine Says:

    jika anda ingin melepaskan lelah ingin merehatkan minda
    kami di vigourmarine transtour sdn bhd
    kami ada pakej daytrip/pakej 3 hari 2 malam

    1)pakej daytrip snorkeling
    2)pakej 3 hari 2 malam
    3) pakej candat sotong
    4)pakej memancing
    5)pakej island hoping
    6)pakej bot transfer ke mana mana resort di pulau redang/lang tengah/perhentian/
    7)pakej transport pickup dari stesen bas/airport ke jetty merang/jeti syahbandar
    8)sewa gopro/action cam/fin/
    9) tempahan lunch box

    anda boleh hubungi:
    www.wasap.my60129062369

    layari website kami:
    www.virgourmarine.com.my