TTGA Bantu Kerajaan Negeri Promosi Tanah Besar

Bagi membantu Kerajaan Negeri mempromosikan aset pelancongan di kawasan tanah besar, Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu (TTGA) bersedia untuk memberi kerjasama.

Timbalan Pengerusi TTGA, Mohd Nor Ismail berkata, usaha ini perlu dilakukan secara berterusan bagi mengelakkan pelancong luar terutama dari Eropah hanya mengenali Terengganu dengan pulau sahaja.

"Ini sebab, kawasan tanah besar sebenarnya turut mempunyai kawasan yang menarik tetapi tidak dikomesialkan secara serius sehingga banyak tempat bersejarah seolah-olah 'mati'." katanya.

Menurutnya, bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di tanah besar terus hidup masyarakat tidak boleh menganaktirikan fungsi pemandu pelancong kerana kumpulan ini boleh membantu industri pelancongan.

"Justeru, TTGA berharap kerjasama dari semua pihak boleh menjadi pemangkin dalam menyampaikan maklumat kepada pelancong mengenai keistimewaan tanah besar di negeri ini," katanya.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”




Sumber di atas dipetik dari:
SINAR HARIAN (ISNIN, 18 OKTOBER 2010)
0 Responses