Mempersonakan...mercu tanda baru (Pulau Warisan) yang di bina di belakang Kampung Cina
dan berhadapan dengan lokasi Pertandingan Moonsun Cup.
dan berhadapan dengan lokasi Pertandingan Moonsun Cup.
Menarik...tebingan Kampung Cina (di sebelah kiri) dihubungkan dengan beberapa jambatan
ke Pulau Warisan (pulau buatan manusia, di sebelah kanan).
Admin bergambar berlatar belakang satu jambatan unik yang menghubungkan Kampung Cina (berdekatan dengan Pasar Kedai Payang) dengan Pulau Warisan.
Panorama menarik waktu malam...di salah satu jambatan yang menghubungkan
Kampung Cina dengan Pulau Warisan.
“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
Kampung Cina dengan Pulau Warisan.
PULAU WARISAN MERCU TANDA BARU BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Salam...lokasi yang admin ingin berkongsi dengan pengunjung Blog Pelancongan Terengganu pada kali ini merupakan satu tempat menarik yang baru sahaja siap dibina di belakang Kampung Cina, Kuala Terengganu. Admin berpendapat ia bakal menjadi mercu tanda baru di Bandaraya Kuala Terengganu ini. Lokasi tempat ini sangat strategik, di mana pengunjung boleh sampai ke tempat ini sama ada melalui Pasar Kedai Payang atau dari permulaan jalan ke Kampung Cina simpang yang terletak berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia. Di sini pengunjung di sajikan dengan panorama muara sungai Terengganu yang menarik. Kewujudan sebuah pulau buatan manusia menjadikan lokasi ini sangat unik. Pulau buatan yang dibina ini terletak berhadapan dengan lokasi pertandingan Moonsun Cup dan dari pulau buatan ini juga pengunjung boleh melihat Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa.
MENYUSURI SUNGAI TERENGGANU
Melalui aktiviti menyusuri Sungai Terengganu pelancong disajikan dengan pengalaman unik mengenai budaya dan cara hidup rakyat Terengganu yang harmoni, kerajaan negeri memperkenalkan perkhidmatan bot pelancong menyusuri Sungai Terengganu pada waktu malam bermula dari Pulau Warisan. Selain menjadi satu lagi mercu tanda baru di bandaraya ini Pulau Warisan yang baru disiapkan Ogos lalu akan menjadi landasan mudah kepada pelancong menikmati keindahan beberapa kawasan sekitar bandaraya ini yang padat dengan nilai sejarah. Pesanan admin jangan lepaskan peluang untuk menikmati panorama yang indah di tempat 'baru' ini.