Pantai Penarik



Salam, sempena cuti hari kemerdekaan kali 53, admin mengambil kesempatan berkunjung ke Pantai Penarik, Setiu. Jarak Pantai Penarik dari Kuala Terengganu lebih kurang 55 km. Pantai Penarik terletak di antara perjalanan Kuala Terengganu ke Besut iaitu melalui jalan pantai. Pantai Penarik bersambungan dengan Pantai Merang. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah tandas, gerai makanan, taman permainan kanak-kanak, bangku dan pondok rehat, serta laluan trek berjalan kaki.



Antara aksi anak-anak admin di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu.


Kemudahan laluan jalan kaki dan pondok rehat untuk keselesaan pengunjung.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
0 Responses