Pantai Telok Kalong Kemaman



Pantai Teluk Kalong merupakan satu destinasi riadah dan perkelahan yang sangat popular terutamanya di kalangan warga Kemaman dan sekitarnya. Pantainya yang bersih dan memutih mampu memukau perhatian sesiapa sahaja yang pernah hadir ke sini. Berbagai prasarana disediakan untuk kemudahan para pengunjung seperti taman permainan kanak-kanak, gelanggang serbaguna, tandas awam, surau, tempat rehat serta tempat untuk BBQ.


Kali pertama saya sampai di sini, terdetik dihati untuk ke sini lagi bila ada peluang dan kelapangan. Kawasan sekitar Pantai Teluk Kalong, Kemaman ini juga merupakan padang pancing yang sangat terkenal kerana menghasilkan tangkapan bersaiz mega seperti ebek, gerong, jemuduk dan pari terutamanya di kawasan berbatu Kuari Teluk Kalong yang menganjur ke laut.

Pada 31 Julai 2010 yang lalu juga, satu acara bersejarah telak berlangsung di Pantai Teluk Kalong dimana DYMM Pemangku Sultan Terengganu telah berkenan mencemar duli di Pantai Teluk Kalong untuk bertemu dengan penduduk-penduduk daerah Kemaman. Berbagai aktiviti telah diadakan seperti sukaneka, permainan tradisional, pertandingan masakan tradisional Terengganu, perahu layar dan bot berhias. Mukim-mukim dalam daerah Kemaman juga tidak ketinggalan mengadakan 'booth' untuk mempamerkan keunikan mukim masing-masing.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
0 Responses