Tangkap Ikan Guna Tangan

Keindahan pemandangan Tasik Kenyir memukau setiap mata yang memandang

Aktiviti ini dapat dilakukan di Kelah Santuari Sungai Petang



Ikan Kelah

Salam...buat semua pengunjung Blog Pelancongan Terengganu. Hari ini admin akan kongsi info bagaimana kita boleh merasai keunikkan manangkap ikan guna tangan. Aktiviti menangkap ikan ini kita boleh dilakukan di Tasik Kenyir iaitu di kawasan Kelah Santuari Sungai Petang. Tasik Kenyir ini terletak di Hulu Terengganu.

Tasik Kenyir sentiasa menjanjikan detik percutian yang menakjubkan dengan keheningan dan kehijauan alam semula jadi yang mungkin tidak pernah diintai sebelum ini. Tasik Kenyir sememangnya memukau setiap pengunjung yang datang ke sini. Ketenangan menyaksikan kehidupan alam semula jadi di sini sukar untuk dilupakan. Kebiruan airnya yang memenuhi pemandangan ditambah dengan kicauan pelbagai spesis burung mendamaikan hati kita yang gundah gulana.

Keindahan dan kepelbagaian flora dan fauna di tasik buatan manusia terbesar dan tercantik di Asia Tenggara ini memang mengasyikkan. Dengan memiliki 340 pulau, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini terutama bagi melepaskan tekanan selepas penat bekerja.

Destinasi yang wajib dilawati apabila kita berkunjung di Tasik ini ialah Kelah Santuari Sungai Petang, dan ianya terletak kira-kira 21 km dari jeti Pengkalan Gawi. Sekiranya pengunjung menggunakan bot laju ia memakan masa 40 minit perjalanan dan 11 km dari Como serta jarak dari Empangan Hidro-Elektrik Sultan Mahmud (Jenagor) kira-kira 16 km. Kompleks Santuari menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Pusat Penyelidikan, Pusat Pembenihan, Galeri dan Akuarium. Di lubuk-lubuk pengunjung berpeluang melihat dan memberi makan ikan.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”

0 Responses