
Antara pokok herba yang boleh pengunjung temui ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, mas cotek dan jerangau. Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai jenis pokok yang ditanam dengan tersusunan dan susun atur landskapnya sangat menarik mata yang memandang. Pengunjung boleh merasai minuman air herba di Pondok Herba. Antara minuman yang boleh dinikmati oleh pengunjung ialah air Tongkat Ali dan Mas Cotek. Menariknya, air herba ini direbus di Pondok Herba tanpa campuran bahan-bahan lain.
Tempat merebus air herba
Air rebusan Tongkat Ali
Air rebusan Kacip Fatimah
Kacip Fatimah
“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”