Kampung Cina


Pintu gerbang yang menjadi mercu tanda Kampung Cina Kuala Terengganu

Nama negeri Terengganu mula disebut oleh pedagang negara China yang telah menggunakan Jalan Sutera maritin ke negara-negara Timur Tengah. Menurut Wong (2001), Han Shu merupakan salah sebuah buku Cina yang terawal memperkatakan tempat-tempat spesifik di Terengganu. Buku ini telah ditulis oleh Bangu semasa pemerintahan Dinasti Han di negara China.

Nama Terengganu juga ditulis semasa pemerintahan Dinasti Yuan oleh Wang Ta Yuan dalam bukunya Tao Yu Zhi Lie pada tahun 1349. Nama negeri Terengganu telah disebut Ting Jia Lu.
Nama Terengganu juga telah direkodkan dalam bibliografi negara-negara asing semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644). Nama Ting Ji Yi telah disebut dalam jilid 325.

Rentetan daripada kesan sejarah berkenaan maka di negeri ini telah wujud satu perkampungan yang dinamakan kampung Cina. Kampung Cina terletak di persisiran muara Sungai Terengganu. Rumah-rumah yang dibina di muara sungai, menggunakan kaki bajang (tiang) digunakan untuk mendirikan bahagian rumah di atas permukaan air sungai. Dahulu, bahagian hadapan rumah menghala ke sungai tetapi sekarang adalah sebaliknya.


Pada suatu masa dahulu Jalan Kampung Cina dikenali sebagai Jalan Kedai Payang (kiri), suasana jalan dan rumah-rumah yang boleh kita lihat pada hari ini (kanan)



Selepas kajian awal oleh Badan Warisan Malaysia, Kampung Cina telah dipilih sebagai salah satu daripada "100 Tempat yang Terancam" oleh World Monument Watch pada September 1997. Dengan peruntukan geran yang diberikan, satu kajian awal dan pemulihan muka bangunan telah dilakukan pada rumah no. 51 dan 53 Jalan Kampung Cina. Jom datang ke Terengganu untuk melihat sendiri peninggalan warisan sejarah ini.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



Sumber dipetik dari judul buku: Warisan Terengganu
0 Responses