Salam...Cabaran Redang Underwater Challengge 2010 telah berlangsung di Pulau Redang pada 14 hingga 16 Mei 2010, Terengganu. Program ini melibatkan penyertaan 100 orang di mana 20 orang jurugambar menyertai pertandingan fotografi landskap. Menariknya dalam aktiviti kali ini juga ialah penyertaan 25 orang penyelam yang mengambil bahagian dalam pertandingan fotografi dasar laut.
Redang Underwater Challengge 2010 dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Zaabar Mohd Adib, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Terengganu. Untuk rekod pertandingan ini telah memasuki tahun ketiga.
Dalam pertandingan ini, para penyelam diberi masa maksimum 45 minit untuk mengambil gambar yang terbaik setiap kali selaman. Pertandingan melukis dasar laut turut dipertandingkan. Pemenang untuk pertandingan ini akan diumumkan semasa 'Malaysia Internasional Dive Expo' pada 31 Julai 2010 nanti. Harapan admin semoga aktiviti ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan untuk masa akan datang.
“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”