Swimathon Antarabangsa Kapas Marang 2010

Aktiviti Swimathon Antarabangsa Kapas Marang 2010 berlangsung pada 17 April 2010. Kejohanan tahunan ini dianjurkan oleh kerajaan negeri sebagai salah satu daripada aktiviti teras dalam kalendar pelancongan negeri. Dalam perlumbaan ini peserta perlu menamatkan renangan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut. Berikut adalah laporan yang di petik dari alamat http://mstar.com.my tentang acara yang telah berlangsung ini.

Peserta Negara Ungguli Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2010

MARANG: Perenang negara Kevin Yap Soon Choy dan Leung Chui Lin masing-masing muncul juara keseluruhan acara lelaki dan wanita pada acara Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2010 di sini hari ini.

Kevin Yap, pemenang pingat perak Sukan SEA Laos lepas, menamatkan perlumbaan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut dengan catatan masa 1 jam 33 minit 33 saat.

Tempat kedua dalam kategori umur 20-34 tahun itu pula dimenangi oleh peserta tempatan Nor Mohamad Ibrahim dengan masa 1:45:20s diikuti Azhar Aman dengan masa 1:45:53s.

Dalam pada itu, peserta wanita Leung pula mencatatkan masa 1:33.:35s untuk menjuara kategori 20 tahun ke atas diikuti oleh Lai Mei Juan dengan masa 1:37:13s dan Khoo Cai Lin di tempat ketiga dengan catatan masa 1:38:58s.

Peserta dari United Kingdom, Andrew Tebbutt pula memenangi acara lelaki 35-49 tahun dengan masa 1:34:23s, manakala tempat dua Yau Yee Ming dan Kohing Bin Antak kedua-dua dari Malaysia.

Kohju Okano dari Jepun pula muncul juara kategori lelaki 50 tahun ke atas setelah menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1:52:36 manakala tempat kedua Han Ah Wah (Malaysia) dan ketiga Eduard Nowak (Jerman).

Bagi kategori lelaki 12-19 tahun, tiga tempat teratas dikuasai oleh peserta Malaysia iaitu Nor Adli Safwan Sarman, Norshaniran Norsam dan Tan Aik Jun.
Juara bagi semua kategori menerima hadiah wang tunai RM2,000, kedua (RM1,500) dan RM1,000 bagi tempat ketiga.

Pertandingan itu disertai seramai 293 orang peserta tempatan, dan dari beberapa negara termasuk Australia, Kanada, Denmark, Jerman, Indonesia, Jepun, Singapura, Sepanyol dan Vietnam.

Kejohanan tahunan itu dianjurkan kerajaan negeri sebagai salah satu daripada aktiviti teras dalam kalendar pelancongan negeri tahun ini.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
0 Responses