Mercu tanda utama Bukit Besar "ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU",
mencuri pandangan setiap mata memandang.
Admin bersama rakan-rakan melakukan aktiviti fizikal di Bukit Bukit, Kuala Terengganu.
Salam...kali ini admin akan nukilkan tentang trek jogging yang sentiasa menjadi tumpuan ramai di daerah Kuala Terengganu. Tak lain tak bukan ialah trek jogging Bukit Besar Kuala Terengganu. Mercu tanda lokasi ini ialah terdapatnya papan tanda "ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU" yang menjadi perhatian ramai semua pengunjung yang datang ke Kuala Terengganu terutama yang melalui laluan dari Jambatan Sultan Mahmud. Di puncak bukit ini, terdapat pencawang telekomunikasi. Trek Jongging di Bukit Besar ini sangat mencabar mental dan fizikal para pengunjung yang datang untuk melakukan aktiviti fizikal.Pada hari minggu kita dapat melihat ramai pengunjung tidak kira peringkat usia datang untuk melakukan aktiviti jongging.Di Puncak Bukit Besar ini kita dapat menyaksikan hampir keseluruhan bandar Kuala Terengganu.
“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.