Taman Rekreasi Pantai Tok Jembal

Sebuah perigi turut terdapat di sini untuk kemudahan pengunjung membilas dan membasuh badan selepas melakukan aktiviti riadah selepas mandi manda di pantai.


Pondok rehat, dan tandas turut disediakan untuk kemudahan para pengunjung.



Salam...Taman Rekreasi Pantai Tok Jembal terletak berhampiran persisiran pantai Terengganu. Lokasi taman rekreasi ini kira-kira 20km dari bandar Kuala Terengganu. Institusi pendidikan yang paling hampir dengan taman rekreasi ini ialah Universiti Malaysia Terengganu. Lokasi dan kemudahan yang terdapat di sini, menjadikannya satu pilihan kepada pengunjung sebagai tempat perkelahan khususnya untuk menjalankan aktiviti hari keluarga dan aktiviti memancing di tepi pantai. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah tandas, pondok rehat, kedai makan dan sebuah perigi. Kemudahan perigi yang terdapat di sini sangat sesuai kerana ia dapat memberi gambaran kepada generasi muda hari ini, tentang kegunaan perigi.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

0 Responses