Gelaran Orang Melayu Terengganu

Masyarakat Melayu Terengganu boleh digolongkan kepada tiga berdasarkan kepada ciri-ciri persamaan dalam pemakaian gelaran yang digunakan. Pertamanya ialah golongan Keluarga Diraja. Kedua, golongan yang memakai gelaran Tengku, Cik Wan, Megat dan Syed. Manakala yang ketiga terdiri daripada golongan yang memakai gelaran Tun, Nik, Wan, Long, Syeikh, Encik atau Cik dan tanpa gelaran.

Kumpulan keluarga golongan pertama tinggal di kawasan bandar Kuala Terengganu, khususnya di istana dan kawasan persekitarannya. Baginda sultan bersemayang di Istana Badariah dan kaum kerabat baginda pula tinggal berhampiran dengan istana tersebut, Istana Maziah, Istana Kolam dan beberapa tempat di bandar. Golongan ini paling dihormati oleh seluruh masyarakat Terengganu kerana ia mempunyai status paling tinggi dalam masyarakat.

Golongan kedua tinggal di perkampungan yang berasingan mengikut gelaran masing-masing. Bagi yang bergelar Tengku kebanyakannya tinggal di daerah Kuala Terengganu, Besut dan Setiu. Mereka yang bergelar Cik Wan pula terdapat di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kijal, Kemaman. Mereka yang bergelar Megat terdapat di sekitar Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu iaitu Wakaf Tapai dan Bukit Berapit. Manakala mereka yang bergelar Syed pula terdapat di sekitar Kuala Terengganu.


Sumber dipetik dari judul buku: Warisan Terengganu


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
0 Responses