Terengganu Sepintas Lalu


Salam...untuk komentar pagi ini, admin akan menceritakan sepintas lalu tentang negeri Terengganu. Terengganu Darul Iman mempunyai tujuh buah daerah. Negeri ini terkenal kerana keindahan dan ia merupakan destinasi pelancongan yang penting di negara kita. Pantainya yang putih bersih sepanjang 244km dari Besut ke Kemaman.

Pendaratan penyu di Terengganu

Air lautnya yang kebiruan merupakan aset keindahan semulajadi yang boleh menggamit hati setiap pengunjung yang mengunjungi negeri Terengganu. Negeri ini juga terkenal dengan pulau-pulau yang indah, hasil seni budaya seperti barangan tembaga, songket, batik dan barangan anyaman. Pastinya ikon yang sentiasa berkait rapat dengan negeri ini ialah penyu. Pendaratan aktiviti penyu di Terengganu sentiasa dinati-natikan oleh semua pengunjung apabila tiba musim pendaratan penyu.
0 Responses