Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain. Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.
Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng. Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.
“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
Saya tidak pernah melepaskan peluang membawa balik buah tangan berupa keropok lekor terengganu setiap kali saya berkunjung ke terengganu atas urusan kerja. Hampir semua lokasi/gerai keropok lekor yang dicadangkan (recommended) oleh kawan-kawan telah saya cuba. Baru-baru ini tergerak hati untuk mencuba gerai di seberang takir (menghala ke airport) yang dikatakan 'sedap' sehingga perlu mengambil nombor giliran spt di bank untuk mendapatkan keropok lekor gerai tersebut. "hebat!" namun kesimpulannya yang dapat saya berikan 'perkhidmatannya tidak sehebat yang diwar2kan', dan sangat mengecewakan. Bagi saya kalau begini 'sales service' yang diberikan, biarlah saya beli keropok losong di kg losong secara berterusan pun tidak mengapa, penjualnya ramah (terutama dalam melayan orang yang 'tidak boleh speaking trengganu mcm saya) dan yang penting murah senyuman walaupun saya sekadar membeli keropok tidak sampai RM50.00.
Boleh baca dengan lanjut pengalaman saya di blog saya.
Terima kasih.
http://travelogueofmedzz.blogspot.com/2012/04/valid-reason-to-stay-away-from-keropok.html