Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar dan dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan. Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.
Nasi dagang adalah makanan yang sangat popular selepas keropok lekor di Terengganu. Nasi dagang Terengganu adalah berlainan sedikit berbanding nasi dagang Kelantan. Nasi dagang Terengganu berwarna putih manakala Kelantan berwarna merah kerana menggunakan beras pulut hitam. Lauknya adalah dari ikan aya (ikan tongkol) yang dimasak kari. Kari Terengganu adalah kari khas yang rasanya tersendiri bagi orang-orang Terengganu. Tempat yang paling popular untuk anda makan nasi dagang ialah di Kampung Ladang Kuala Terengganu, Pasar Payang, Pasar Chabang Tiga dan juga di Kedai Mak Ngah Chendering.
“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”