Taman Tamadun Islam


Deretan monumen-monumen daripada pandangan sisi (gambar kiri),
Masjid Kristal (gambar kanan).



Isteri dan anak-anak admin posing di Bulatan Masjid Kristal.

Salam...tidak lengkap sekiranya anda semua mengunjungi Terengganu tanpa singgah ke Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man, Terengganu. Di sini terdapat 21 monumen yang dibina berpandukan kepada seni bina asal yang menjadi kebanggaan hampir seluruh pelosok negara Islam di dunia ini.

Salah satu binaan yang menjadi sebutan para pelawat ialah binaan Masjid, iaitu Masjid Kristal. Masjid Kristal telah di rasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian pada 8 Februari 2008.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
dan
sumber yang dipetik dari: http://www.tti.com.my

0 Responses