Admin mengetuai aktiviti senaman pagi.
Berehat sebentar, melepaskan penat kata kan...sebelum sampai ke Batu Berakit.
Aktiviti gotong royong mengutip sampah sarap untuk memastikan tempat menarik seperti ini sentiasa
menggamit kedatangan pengunjung.
Kelab Pelancongan SMK Belara telah menganjurkan Program Lawatan Kenali Flora-fauna dan Khidmat Komuniti pada 24 Jun lalu bertempat di Pulau Kapas, Marang Terengganu. Program ini telah disertai oleh 30 orang ahli Kelab Pelancongan SMK Belara dan 4 orang guru pengiring.Aktiviti gotong royong mengutip sampah sarap untuk memastikan tempat menarik seperti ini sentiasa
menggamit kedatangan pengunjung.
Menurut Guru Penasihat Kelab Pelancongan SMK Belara, Ahmad Yusri Jusoh, lawatan ini bertujuan membuka minda dan meluaskan pengetahuan pelajar dengan melawat tempat-tempat menarik khususnya yang terdapat di negeri Terengganu. Lawatan ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan semangat bekerjasama dalam kalangan ahli kelab.
Beliau berkata, melalui lawatan ini para pelajar dapat didedahkan dengan maklumat yang tepat dan hubung kait ilmu yang dipelajari dengan alam sekitar, ekonomi, sosio budaya dan kerjaya. “Antara aktiviti yang boleh membantu pelajar ke arah meningkatkan ilmu ialah lawatan ke tempat pelancongan dan menjalankan khidmat komuniti di tempat yang dilawati tersebut”.
Ahmad Yusri berkata, pengisian program yang telah disusun seperti aktiviti keyakinan di air dan merentas hutan telah berjaya menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. “Bagi memastikan tempat-tempat pelancongan yang dikunjungi sentiasa menggamit setiap pengunjung yang datang, kami mengambil kesempatan ini dengan menjalankan program khidmat komuniti iaitu bergotong royong membersihkan kawasan Teluk Berakit, Pulau Kapas,” katanya. “Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut dijayakan sewaktu menjalankan Program Lawatan Kenali Flora-fauna dan Khidmat Komuniti Kelab Pelancongan SMK Belara kali ini”, katanya lagi.
“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.