Hutan Lipur Air Terjun Chemerong


Antara panorama menakjubkan di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong.


Jambatan gantung di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong.


Air Terjun Chemerong memukau setiap mata yang memandang.


Aktiviti mandi manda di kaki air terjun.

Salam, hari ini admin ingin berkongsi info tentang Hutan Lipur Air Terjun Chemerong. Lokasi ini tergolong dalam senarai 10 ikon atau produk pelancongan negeri Terengganu. Di hutan Lipur inilah terdapatnya air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

Ia dikenali dengan nama Air Terjun Chemerong. Lokasinya terletak dalam daerah Dungun (Hulu Dungun), iaitu kira-kira 100 km dari dari Kuala Terengganu. Jarak Hutan Lipur Air Terjun Chemerong dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah kira-kira 30 km. Pengunjung pasti akan teruja apabila berada di sini, kerana di samping dapat menikmati suara-suara unggas mereka akan dapat menikmati keindahan flora dan fauna yang kaya dengan pelbagai spesis kehidupan. Bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan damai hutan lipur Air Terjun Chemerong ini pasti tidak mengecewakan.

Apabila berada di sini, pengunjung boleh melihat Pokok Chengal yang tertua dan terbesar di dunia dan ia telah tercatat di dalam Malaysian Book Of Record, kerana mempunyai ketinggian 16.6 meter dengan diameter 16.75m

Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah seperti kemudahan telefon awam, surau, bilik persalinan, tandas dan sebagainya. Semua ini adalah untuk kemudahan para pengunjung yang berkunjung ke situ. Selain itu terdapat juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman untuk santapan pengunjung dengan harga yang berpatutan. Juga di sediakan kawasan perkhemahan sebagai pilihan kepada pengunjung sekiranya mereka ingin merancang aktiviti-aktiviti perkhemahan. Suasana alam semulajadi yang segar dan tidak tercemar yang terdapat di sini, sudah pasti meninggalkan satu pengalaman manis yang sukar untuk dilupakan.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


0 Responses