Peladang Setiu Agro Resort


Pasukan Unit Beruniform SMK Belara bergambar kenangan di Peladang Agro Resort (gambar kiri), antara aktiviti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang
menyertai perkhemahan kali ini (gambar kanan).

Salam... kali ini admin akan berkongsi maklumat mengenai salah satu agro resort yang menjadi daya penarik kepada pengunjung untuk bertandang ke negeri Terengganu. Agro resort yang dimaksudkan ialah Peladang Setiu Agro Resort. Peladang Setiu Agro Terletak di dalam daerah Setiu, Terengganu. Pekan yang berdekatan ialah pekan Permaisuri, Setiu iaitu kira-kira 25 km. Peladang Setiu Agro Resort ini sentiasa menjadi pilihan kepada agensi kerajaan dan swasta sebagai tempat untuk menganjurkan sebarang aktiviti kerana kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini mencukupi.

Pada 6 Mei 2010 yang lalu, admin berkesempatan membawa pelajar sekolah untuk menjalankan aktiviti di sini. Apa yang admin boleh katakan suasana hutan tropika yang terdapat di sini sungguh menyamankan. Di sini juga terdapat dusun buah-buahan dan kedatangan pengunjung lebih berbaloi sewaktu musim buah-buahan. Pada musim buah buahan pengunjung pasti dapat merasa sendiri pengalaman memetik buah rambutan, maggis, langsat dan berbagai-bagai lagi jenis buah buahan yang lain.

Terdapat sebuah kolam ikan yang mengandungi pelbagai spesies untuk mengunjung berjinak-jinak dengan haiwan ini. Untuk kemudahan pengunjung mandi manda, terdapat sebuah kolam mandi yang disediakan khas oleh pihak Peladang Setiu Agro Resort. Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, mereka boleh menginap dan kemudahan penginapannya sangat selesa. Akhir kata dari admin, datanglah berkunjung ke Peladang Setiu Agro Resort untuk menikmat alam semulajadi yang mempersonakan.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.


0 Responses