Sekumpulan anak-anak muda sedang bermain bola sepak pantai pada waktu petang.
Salam...sememangnya negeri Terengganu mempunyai jajaran pantai yang panjang, dengan kata lain ianya terletak di persisir pantai yang sangat menarik. Kali ini admin berkesempatan untuk memaparkan antara aktiviti riadah yang selalu dilakukan dalam kalangan anak-anak muda pada waktu petang di negeri ini. Aktiviti yang admin maksudkan ialah bermain bola sepak pantai.Admin melihat dengan penuh minat aksi anak-anak muda ini bermain bola sepak, di hujung pantai Teluk Ketapang iaitu berhampiran dengan kampung Tok Jembal. Sambil melihat mereka bermain, admin mengimbau kenangan sewaktu datang ke pantai ini pada zaman persekolahan dahulu. Pada ketika itu admin pernah datang ke pantai ini untuk mengutip remis...namun pemandangan pantai ini kini amat berbeza berbanding dahulu. Hari ini, Pantai Teluk Ketapang telah berubah sama sekali, kerana aktiviti penambakan laut untuk program pembesaran dan pemanjangan landasan Lapangan Kapal Terbang Sultan Mahmud.
Di kesempatan ini admin akan ceritakan tentang keindahan dan kemudahan yang terdapat di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.
Lokasi Pantai Teluk Ketapang sangat strategik kerana ia berada berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan Institut Integriti Terengganu. Antara IPTA yang berada berhampiran dengan pantai ini ialah UNIZA, UMT dan IPG Kampus Dato Razali Ismail. Pantai ini menjadi tumpuan pengemar makanan berasakan laut kerana kebanyakan gerai yang terdapat di sini menyediakan menu tersebut. Lazimnya pada cuti umum atau hujung minggu pantai ini menjadi tumpuan pengunjung sama ada dari dalam atau luar negeri. Antara aktiviti yang pernah dijalankan di sini ialah Pertandingan Memancing.
Antara gerai yang menjual makanan berasaskan laut.
Seperti cendawan...reka bentuk pondok rehat yang menarik.
Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah gerai makanan, pondok rehat, tandas awam, bilik persalinan, surau dan taman permainan kanak-kanak. Pantai ini juga turut menjadi tumpuan kaki pancing untuk mendapatkan hasil tangkapan masing-masing. Keadaan ini disebabkan oleh faktor muka bumi pantai ini sudah berubah di mana telah wujud benteng batu yang tinggi di sepanjang lokasi utama tempat yang sentiasa menjadi tumpuan ramai. Aktiviti menunggang kuda turut terdapat di sini untuk memberi pilihan beriadah kepada pengunjung.
Aktiviti berkuda semakin popular (gambar kiri), dan deretan pokok rhu di kiri dan kanan jalan
menambahkan keindahan panorama pantai ini.
menambahkan keindahan panorama pantai ini.
“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”