Sepak Raga


Satu daripada permainan tradisi pemuda negeri Terengganu ialah bermain sepak raga. Permainan ini telah diperkenalkan sejak beratus tahun dahulu dan masih popular dalam kalangan pemuda di luar bandar. Ia dimainkan dengan cara menyepak bola rotan atau bola sepak takraw ke udara supaya bola tidak jatuh ke bumi. Sekumpulan pemuda akan membentuk sebuah bulatan di mana pemain akan melempar bola rotan kepada pemain lain di dalam bulatan tersebut. Pemain itu akan menyepak bola dengan kakinya dan menunjukan kepada pemain lain untuk meneruskan sepakan. Pemain dibenar menggunakan kaki, lutut dan kepala.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



Sumber di atas di petik daripada judul buku: Warisan Terengganu (ms63 hingga ms64)

0 Responses