Pantai Kemasik

Selamat datang ke Pantai Kemasik


Pantai Kemasik, satu lagi destinasi pelancongan dan persinggahan tersohor di Daerah Kemaman. Kedudukannya yang bersebelahan dengan jalan raya utama Kuala Terengganu - Kuantan memudahkan orang ramai untuk mengunjunginya.

Berbagai prasarana disediakan di Pantai Kemasik untuk kemudahan para pengunjung termasukklah gerai makan dan taman permainan kanak-kanak. Di pantai Kemasik juga terdapat kemudahan trek untuk berjogging dan beberapa alat senaman yang boleh digunakan secara percuma.




Bagi mereka yang gemarkan aktiviti yang lebih mencabar, bolehlah mendaki kawasan bukit berbatu di sekitar Pantai Kemasik untuk melihat permandangan Pantai Kemasik dengan lebih jelas lagi. Bagi yang ingin bersantai pula boleh berehat di atas batu di tepian pantai sambil menikmati keropok goreng dan air kelapa segar, atau bersama keluarga di atas pondok yang berada di pinggiran sungai dengan menyelusuri laluan yang disediakan.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
0 Responses