Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman

Pintu masuk Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman
Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman terletak dalam kawasan seluas 35 ekar di Bukit Takal Kemaman berhampiran dengan Kampung Ibok iaitu kira-kira 14 kilometer dari Bandar Chukai. Bagi pengunjung yang hendak ke taman ini bolehlah menggunakan jalan darat Chukai-Mak Chili-Ibok atau Jalan Kerteh-Ibok menghala ke Chukai.
peta taman rekreasi dan mini zoo kemamanPermandangan dari atas jambatan gantung ke dalam sangkar harimau

Taman ini merupakan satu-satu taman di Pantai Timur Malaysia yang menggabungkan taman buah-buahan, taman herba semulajadi, taman tumbuhan tropikal, taman orkid, taman bonsai, taman rekreasi air, dan mini zoo di dalam satu kawasan. Berhampiran dengan taman ini juga terdapat satu habitat semulajadi bagi kunang-kunang yang terbesar di Negeri Terengganu iaitu di Sungai Yak Yah.

Mini Zoo Kemaman menempatkan beberapa spesis hidupan liar seperti harimau, beruang, landak, ular sawa, rusa, kancil, ikan naga (arapaima gigas) dan banyak lagi. Di sini juga terdapat berbagai spesis burung termasuklah burung unta, kasawari, emu, nuri, merak dan cenderawasih.

Bagi mereka yang tidak takut dengan ketinggian boleh menggunakan jambatan gantung sepanjang 1.2 km untuk melihat hidupan di taman ini dari atas. Taman permainan kanak-kanak serta taman rekreasi air juga ada di taman ini bagi kegunaan para pengunjung. Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang dikenali sebagai 'Buggy' secara percuma di dalam kawasan taman rekreasi ini.

Waktu operasi bagi Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini adalah seperti berikut:
  • Ahad - Khamis (10.00pagi - 5.00petang)
  • Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum (9.30pagi - 5.00petang)
Harga tiket:
  • RM10 - Dewasa
  • RM7 - Kanak-kanak (5-12tahun)
  • RM5 - Pelajar (Beruniform)


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
0 Responses