Ibu Negeri dan Bandar Utama

Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu yang terletak di muara Sungai Terengganu. Ia merupakan bandar terbesar dan tercantik di negeri ini. Bandar Kuala Terengganu yang dahulunya merupakan sebuah perkampungan nelayan, kini telah berkembang pesat menjadi sebuah bandar moden. Sektor perikanan masih merupakan aktiviti penting di sini. Di Kuala Terengganu terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai Pasar Besar Kedai Payang yang sering menjadi tempat kunjungan pelancong dalam atau luar negeri.


Pandangan pintu masuk utama Pasar Besar Kedai Payang


Antara produk yang terdapat di Pasar Besar Kedai Payang

Di samping sistem pengangkutan moden, beca roda tiga masih lagi merupakan pengangkutan tradisi yang masih terdapat di bandar Kuala Terengganu ini. Selain Kuala Terengganu, bandar-bandar utama lain ialah Cukai, Dungun, Jertih dan Marang. Bandar-bandar ini terletak di jalan utama yang menghubungkan Terengganu dengan negeri lain.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

0 Responses