Salam...semalam pada petang 21 Ramadhan 1431H, admin sekeluarga dan rakan-rakan berbuka puasa di Pantai Batu Burok Kuala Terengganu. Pengalaman berbuka puasa di sini merupakan pengalaman pertama dan sebelum ini admin pernah berbuka puasa di Taman Awam Lagun Ibai. Kenapa admin memilih lokasi ini sebagai pilihan?
Pertamanya, kerana Pantai Batu Burok ini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai...Ini terbukti ketika admin sampai di sini sekitar 6.30 petang, pakir kereta semuanya hampir penuh...fuh! ramai sungguh manusia di sini. Kedua, admin memilih lokasi ini sebagai tempat untuk berbuka puasa kerana kemudahan dan suasana sangat bersesuaian. Ketiga, kerana pantai ini indah dan kawasan persekitarannya bersih dan ia sentiasa menarik setiap mata yang memandang.

Admin dan rakan-rakan berbuka puasa berlaukan tomyam, ayam bakar, ikan bakar, ikan masak stim
dan daging merah.
Banyak lampu-lampu jalan memudahkan pandangan apabila hari semakin gelap. Begitu juga terdapat kemudahan surau untuk menunaikan solat maghrib selepas sahaja selesai urusan berbuka puasa. Sesungguhnya Pantai Batu Burok sentiasa menggamit setiap kedatangan pengunjung untuk bertandang setiap kali anda berkunjung ke Bandaraya Kuala Terengganu.dan daging merah.
“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.