Salam buat pengunjung Blog Pelancongan Terengganu. Hari ini admin akan berkongsi kemeriahan sambutan Hari Raya AidilFitri yang masih terasa. Hari ini bersamaan 12 Syawal 1431H, SMK Belara telah menganjurkan program 'Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 1431H SMK Belara 2010'. Program ini merupakan acara tradisi yang dianjurkan oleh warga SMK Belara saban tahun.
Majlis ini bermula jam 10.00 pagi dan masyarakat setempat (Komuniti setempat) turut sama memeriahkan sambutan pada hari ini. Semua warga SMK Belara memakai pakaian 'hari raya' iaitu guru dan pelajar lelaki memakai pakaian kebangsaan (Baju Melayu) manakala guru dan pelajar perempuan memakai pakaian Baju Kurung. Kerjasama dari semua pelajar dan guru-guru melancarkan lagi acara sambutan hari raya kali ini. Nyayian 'lagu-lagu raya' secara 'live' mengiringi sepanjang majlis ini berlangsung. Datanglah ke SMK Belara Kuala Terengganu untuk sama-sama merasai kemeriahan sambutan hari raya.
Admin bergambar kenangan dengan cikgu Sabri Manaf (gambar kiri), dan cikgu Saldin Sabtu (gambar kanan).

Tuan Pengetua, Timbalan PPD Kuala Terengganu dan AJK PIBG (gambar kiri), Bergambar beramai-ramai untuk rakaman video oleh RTM (gambar kanan).
“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.