Gambar hiasan: Pintu pagar utama Istana Badariah.
Istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah iaitu Sultan Terengganu ke-13 (1920 - 1942). Walau bagaimanapn, baginda tidak sempat bersemayam di istana ini kerana mangkat terlebih awal. Namun demikian, jenazah Al-Marhum telah dibawa dari istana ini pada hari kemangkatan baginda.
Istana ini dijadikan Renca-Consol semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Istana ini mejnadi tempat bersemayam rasmi Lamarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan yang ke-14 (1945 - 1979). Baginda mangkat di istana ini dan dibawa dari istana ini ke Permakaman Di Raja di kawasan Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Istana ini kemudiannya telah dijadikan tempat bersemayam rasmi kepada Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu yang ke-15. Beberapa pindaan telah dilakukan kepada istana ini. Istana yang mempunyai rekabentuk yang menarik dan indah teleh menjadi warisan kebanggaan dan pusaka negeri. Di istana inilah tempat sambutan lawatan tetamu.
Sumber di atas dipetik dari:
http://www.istana.terengganu.gov.my
dan
sumber yang dipetik dari judul buku: Warisan Terengganu.
http://www.istana.terengganu.gov.my
dan
sumber yang dipetik dari judul buku: Warisan Terengganu.