Petang 5 Syawal di Pantai Batu Burok




Petang semalam suasana di Pantai Batu Burok amat luar biasa. Itu ungkapan yang dapat admin simpulkan berdasarkan tinjauan pada petang semalam. Kawasan pakir kereta hampir dipenuhi oleh deretan kereta-kereta. Deretan gerai-gerai yang terdapat di sini juga dipenuhi oleh para pengunjung untuk menjamah selera masing-masing. Terdapat juga para peniaga yang menyediakan perkhidmatan menjual layang-layang yang sesuai untuk dimainkan di lokasi pantai. Sesungguhnya keindahan dan kemudahan yang terdapat di Pantai Batu Burok tidak menghampakan setiap pengunjung yang datang ke sini.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

0 Responses