Taman Tamadun Islam (TTI)


Unik...Masjid Agadez, Nigeria dibina menggunakan lumpur dan kayu.

Sinonim dengan gelaran Jendela Dunia Islam, Taman Tamadun Islam (TTI) di kawasan seluas 23 hektar di Pulau Wan Man, Terengganu menjanjikan percutian pesisir air yang sukar untuk dilupakan. Keunikan dan kehalusan 21 monumen kegemilangan Islam dari seluruh dunia yang dipersembahkan dalam bentuk replika bersaiz 1:8 itu membuatkan sesiapa saja terpegun dan kagum dengan seni binanya. Taman tema ini dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2008. Dengan melawat 21 monumen itu, seolah-olah pengunjung sedang mengelilingi dunia melihat sendiri seni bina Islam yang cukup mengagumkan.


Masjid Kudus Minar, Jawa Indonesia yang mana batu pertama membina masjid itu
dikatakan diambil dari Baitulmaqdis.

Masjid Kudus Minar ini dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Rekabentuk Masjid ini bercirikan Hindu dan Jawa. Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaanya ditemui di kawasan kuil Hindu.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei.

Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Kubahnya diperbuat daripada emas. Struktur kubah emas masjid ini merupaan binaan tertinggi di Brunei.


Masjid Pattani Central, Thailand.

Masjid Pattani Central dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit, masjid ini menyerupai rekabentuk Taj Mahal yang menjadi bukti cinta Shah Jahan. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.


Masjid Negara, Malaysia.

Masjid ini dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup.

Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan.

Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673 M. Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah ianya boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.


Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin.

Dibina pada tahun 692 M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suji di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.


Masjid Xian, China.

Masjid Xian ini didirikan pada 1392 M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman dinasti Tang. Masjid ini cukup unik kerana ia memaparkan seni bina Islam dan tradisional China dan seolah-olah pagoda atau tokong Buddha, tetapi kedudukannya menghadap kiblat.



Menara Kalyan Minaret,Uzbekistan.


Ketinggian menara ini ialah 48 meter. Menara ini merupakan contoh binaan kejuruteraan dan reka bentuk kegemilangan Islam. Ia juga adalah menara pertama runtuh akibat asasnya yang tidak sempurna.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


Sumber: http://www.tti.com.my
0 Responses