Melawat Planetarium di Pusat Sains Kuala Terengganu


Pintu Utama...Pusat Sains Kuala Terengganu (kiri), anak-anak admin bergambar dengan model pakaian angkasawan (kanan).


Kakak admin turut mengambil peluang melawat PSKT ini.

Salam, buat semua pengunjung Blog Pelancongan Terengganu. Terima Kasih atas kunjungan anda ke blog ini. Untuk posting kali ini admin akan berkongsi informasi berkaitan salah satu tempat yang patut dilawati sama ada oleh pelancong dalam serta luar negeri. Tempat yang dimaksudkan ialah Pusat Sains Kuala Terengganu (PSKT).

Sempena cuti sekolah, semalam admin bersama keluarga mengambil kesempatan melawat PSKT buat sekian kalinya. Apa yang boleh admin kongsi di sini, banyak informasi berkaitan dengan konsep ilmu sains dan juga perihal saintis-saintis yang tersohor sejak dahulu. Konsep dan aplikasi sains telah diterjemahkan melalui model-model sains yang disediakan di PSKT ini. Pusat informasi ini sangat sesuai untuk dilawati oleh setiap peringkat umur. Bagi admin, pengetahuan dan pengalaman mengenai alam sains sedikit sebanyak terungkai apabila melihat model-model sains yang terdapat di PSKT ini. Dikesempatan ini admin akan berkongsi info mengenai latarbelakang PSKT.

Planetarium adalah salah satu tarikan utama di PSKT. Ia merupakan satu kemudahan canggih yang terdapat di PSKT dan merupakan pemangkin kepada hasrat kerajaan Negeri Terengganu dalam mengembangkan pengetahuan dan informasi tentang sains dan teknologi angkasa lepas.

Planetarium memainkan peranan yang sangat penting di dalam membantu pemahaman manusia terhadap aspek astronomi, fizik dan metereologi kerana kejadian-kejadian misteri di langit dapat ditonjolkan secara virtual yang tidak dapat ditonton di dalam kelas mahupun dewan kuliah. Para pelajar, ibu bapa dan masyarakat Terengganu dapat menjadikan Planetarium sebagai tempat rujukan untuk mengenali bidang astronomi seterusnya memperluas dan meningkatkan kefahaman tentang kejadian alam semesta serta rahsia-rahsia yang terselindung di sebalik kejadian hidupan dan alam semesta secara ilmiah dan saintifik.

Planetarium mampu menyajikan penonton dengan simulasi langit, bulan dan bintang melalui teknik pencahayaan yang dihasilkan oleh projektor universal. Kubah atau "dome" yang berbentuk setengah bulatan yang berdiameter 10 meter ini mampu membuatkan penonton seolah-olah menjelajah langit yang dipenuhi dengan bintang, planet, bulan, meteor dan objek-objek yang terdapat di sistem cakerawala.


TERUJA...anak buah admin melihat sebiji bola melayang-layang di udara.


MENARIK...susunan keterangan tentang tokoh-tokoh ahli sains (kiri), sudut aplikasi sains menyediakan
model-model konsep sains dan teknologi (kanan).


Kemudahan Planetarium

Planetarium di PSKT dilengkapi dengan dewan tayangan yang dapat menempatkan 60 orang bagi setiap sesi tayangan. Simulasi yang dihasilkan dipancarkan oleh projektor Infinity Twin serta dibantu oleh kesan khas yang digerakkan melalui sistem komputer. Hasil projektor ini memberikan gambaran keadaan sebenar di langit serta olahan suara yang menerangkan tayangan tersebut. Para penonton didedahkan dengan informasi mengenai bumi dan angkasa yang berkait antara satu sama lain. Simulasi ini bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam menyediakan pembelajaran efektif serta menghiburkan.

Jadual Tayangan

Planetarium di PSKT dibuka 6 hari seminggu iaitu Ahad hingga Khamis dan ditutup pada hari Jumaat. Pada hari Sabtu atau pada cuti am/umum dibuka.







“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

dan sumber yang di petik dari:
http://www.pskt.com.my/planetarium.php

1 Response
  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam