Salah sebuah Istana yang tersergam indah lambang kemegahan institusi Kesultanan Terengganu adalah Istana Maziah. Terletak di Kuala Terengganu berhampiran Bukit Puteri kira-kira 200meter dari Sungai Kuala Terengganu. Di Istana ini jugalah pelbagai acara dan istiadat pertabalan kemahkotaan Sultan Terengganu, Majlis berkhatan, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri biasanya di adakan.
Terdapat 2 percanggahan mengenai tarikh pembinaan Istana Maziah ini dibina iaitu pada 31 Mei 1895 (7 Zulhijjah 1312) dan pada tahun 1897. Walaubagaimanapun menurut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini telah dimulakan pada hari Jumaat , jam 10.00pagi 31 Mei 1895 di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881-1918).
Istana Maziah di bina adalah untuk mengantikan Istana Hijau yang telah terbakar semasa pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac 1870. Pelbagai tokoh telah diberi tanggungjawap bagi menyiapkan pembinaan Istana Maziah ini. Seorang tokoh jurutera Istana Maziah iaitu saudara ipar Sultan Zainal Abidin III iaitu Tengku Chik Abu Bakar Bin Tengku Abdul Jalil telah diberi kepercayaan mengurus dan membina Istana Maziah. Keunikan bahan yang digunakan untuk membina istana ini adalah terdiri dari campuran kapur, tanah liat, pasir, garam, putih telur dan manisan.
Dianggarkan kira-kira 20 orang pakar tukang kayu Melayu dan Cina telah terlibat dalam pembinaan Istana Maziah ini. Walaupun masalah kewangan membantutkan usaha membina istana ini . Tetapi akhirnya istana ini siap juga dibina pada 7 Ogos 1903.Tidak berapa lama selepas istana ini siap, Tengku Embong Musa, Ketua Jabatan Kerja Raya menambah lantai di bahagian anjung istana yang pada ketika itu di bawah anjung istana ini boleh dilalui kereta. Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( 1920 - 1942 ), layang-layang anak tangga dipinda. Seterusnya pindaan dilakukan lagi di masa pemerintahan Sultan Nasiruddin Shah ( 1945 - 1979 ). Bilik di tingkat bawah terletak Singgahsana di sebelah matahari naik telah dibuang pintunya supaya ia bertambah luas. Dengan Singgahsana dipindahkan di tingkat atas.
Pada tahun 1954, dibina pula layang-layang tangga hadapan di sebelah matahari jatuh. Selain itu bilik di tingkat sebelah atas matahari naik telah dirobohkan untuk ditempatkan Singgahsana. Pada tahun 1972, sebuah bangunan tambahan dibina di bahagian rusuk sebelah barat. Seterusnya Singgahsana pula ditempatkan di tingkat atas bangunan baru istana ini. Pada tahun 1998, satu tambahan baru telah dibina di bahagian hadapan istana ini.
Pada hari ini Istana Maziah masih tersergam indah di Bandar Kuala Terengganu dan ramai pelancong tempatan dan luar negara datang untuk mengabadikan kenangan bergambar di Istana Maziah. Di sini juga terdapat Dataran Maziah yang terletak di depan Istana Maziah. Dataran ini sebagai taman mini yang dihiasai lanskap, pepepohon menghijau dan lorong jalan kaki yang selesa. Di tengah-tengah taman mini ini pula terdapat replika Gobek Sireh dan Kacip Pinang yang menjadi lambang budaya dan tradisi masyarakat Melayu.

“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
Sumber di atas dipetik dari:
http://www.istana.terengganu.gov.my
dan
sumber yang dipetik dari judul buku: Warisan Terengganu.