Kelebihan Keropok Lekor Kg. Bukit Tok Beng


Bahagian hadapan kedai keropok lekor yang menjadi pilihan ramai di Kampung Bukit Tok Beng.


Tempat memproses keropok lekor dan kelihatan pekerja bertungkus lumus melakukan tugasan masing-masing (gambar kiri), ruangan makan di hadapan kedai (gambar kanan).


Admin bergambar bersebelahan mesin pembungkusan vakum keropok lekor.


Kelihatan pekerja rancak menambah kayu api untuk memastikan keropok lekor siap dimasak tepat pada masanya (gambar kiri), deretan periuk besar yang digunakan untuk
merebus keropok lekor (gambar kiri).

Salam, hari ini admin teringin makan keropok lekor yang sentiasa menjadi pilihan ramai terutama di sekitar Kuala Terengganu. Lokasi kedai yang menjual keropok lekor yang admin maksudkan ialah sebuah kedai yang terletak di Kampung Bukit Tok Beng berhampiran SK Bukit Tok Beng dan SMK Ibrahim Fikri. Jarak kedai ini dari bandar Kuala Terengganu kira-kira 7km dan ia terletak di jalan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Keropok lekor yang dijual di sini sentiasa menjadi pilihan ramai sama ada pengunjung dari dalam dan luar Terengganu untuk dijadikan ole-ole pilihan untuk di bawa pulang. Kenapa keropok yang dijual di sini menjadi pilihan? Secara peribadi admin yakin ramai yang setuju dengan pendapat admin ini. Pada pendapat admin keropok lekor yang dihasilkan sangat berkualiti (menggunakan isi ikan yang segar). Rasanya sangat dimakan enak walaupun kerepok lekor ini berada dalam keadaan 'sejuk' dan keropok lekor yang dihasilkan lembut isinya kerana campuran adunan isi ikan yang lebih banyak berbanding sagu. Admin pernah mempunyai pengalaman beratur panjang untuk membeli keropok lekor di sini dan kadangkala diwaktu terlalu ramai pelanggan pengusaha kedai memberikan nombor giliran kepada setiap pembeli.

Selain daripada keropok lekor produk lain yang boleh didapati di sini ialah keropok keping, keropok keping segera, pencicah keropok dan keropok lekor yang telah digoreng. Sesungguhnya kunjungan anda ke Terengganu khususnya ke Kampung Bukit Tok Beng tidak lengkap sekiranya tidak membeli ole-ole tersohor ini.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

0 Responses