Mengunjungi Karnival Pesta Tanglung 2010


Tanglung yang menghiasi pintu gerbang utama Kampung Cina.


Admin bergambar berlatarbelakang pintu gerbang utama Kampung Cina.


Pintu depan setiap rumah di Kampung Cina dihiasi dengan pelbagai bentuk dan corak tanglung.


Menarik dan mempersonakan...tanglung-tanglung yang menghiasi jalan di persimpangan Tokong Ho Ann Kiong di Kampung Cina.


Admin sempat meninjau aktiviti masyarakat di Kampung Cina dalam persiapan mereka
menyertai Karnival Pesta Tanglung 2010.


Salam, malam tadi admin berkesempatan mengunjungi Karnival Pesta Tanglung 2010 yang di adakan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Ucapan tahniah dan syabas admin ucapkan kepada kerajaan negeri Terengganu kerana menaik taraf salah satu tempat yang menjadi warisan sejarah kepada negeri Terengganu. Apa yang admin perhatikan pada malam tadi, tapak karnival ini menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Terengganu. Admin sempat menemubual tuan rumah (masyarakat cina) tentang pesta tanglung yang sedang berlangsung.

Pelbagai bentuk dan corak tanglung yang dihasilkan sendiri oleh masyarakat di situ menerangi sepanjang jalan kampung tersebut. Sepanjang karnival ini berlangsung terdapat sebanyak 65 gerai menjual pelbagai jenis cenderahati. Akhir kata, datanglah berkunjung ke karnival ini, untuk mengenali dengan lebih dekat budaya setiap kaum yang terdapat di negara kita amnya.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

0 Responses