Dataran Shahbandar dan Batu Burok Waktu Buka Puasa


Aktiviti berbuka puasa seperti ini mampu mengeratkan ikatan saliturahim antara kita.

Berkelah pada Ramadan mungkin agak janggal bagi segelintir kita, namun di bandar raya ini, situasi itu seolah-olah perkara biasa apabila ramai memilih untuk berbuka sambil bersantai di kawasan lapang dan tepian pantai khususnya pada cuti hujung minggu. Antara kawasan lapang yang menjadi pilihan dan tumpuan sebagai lokasi berbuka puasa sambil berkelah dan bersantai bersama keluarga ialah padang di Dataran Shahbandar, tepi pantai di Batu Burok dan tempat riadah di Pulau Kambing.


Aktiviti ini mampu mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga dan rakan taulan. Ia juga dapat menyuntik kelainan menikmati suasana berbuka di kawasan terbuka yang keindahannya dijaga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Malah kemeriahan berbuka puasa ini turut dirasai palancong asing yang bercuti di negeri Terengganu ini.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
0 Responses