Bergambar di hadapan papan tanda utama Pantai Teluk Ketapang.
Indahnya pemandangan di Pantai Teluk Ketapang di kiri dan kanan jalan terdapat deretan pokok rhu yang seolah-olah melambai-lambai kehadiran pengunjung.
Di samping itu, terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung antaranya gerai makanan, surau, bilik persalinan, tandas (...admin dapati tandas sangat bersih), pondok rehat dan taman permainan kanak-kanak. Terdapat juga aktiviti rekreasi menunggang kuda di sini. Pesanan admin datanglah ke pantai ini untuk menikmati makanan kegemaran orang pantai timur. Hayati keindahan alam sambil membuka selera dengan menikmati Ikan Celup Tepung di tempat menarik ini.
Bangunan yang menempatkan surau, tandas dan bilik persalinan.
Reka bentuk binaan pondok sangat menarik kelihatan dari jauh seperti cendawan.
Menunggang kuda... dan pengunjung boleh melakukan aktiviti tersebut di sini.
ICT...(Ikan Celup Tepung) antara citarasa makanan yang sentiasa diminati
oleh segenap lapisan masyarakat.
oleh segenap lapisan masyarakat.
Antara gerai yang menyediakan makanan yang berasaskan makanan laut yang digoreng
seperti ikan, sotong, udang bercelup tepung.
seperti ikan, sotong, udang bercelup tepung.
Di kesempatan ini admin suka untuk berkongsi resepi Ikan Celup Tepung dengan pengunjung semua.
RESEPI IKAN CELUP TEPUNG
Bahan-bahan: (3 orang)
* 3 ekor ikan kembung/selayang/atau apa-apa jenis ikan yang digemari (cuci bersih dan tuskan)
* 3 camb tepung beras
* 1 camt serbuk kunyit
* sedikit kapur
* sedikit garam
* air secukupnya utk bancuhan
* 1 biji telur
* minyak yang banyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Bancuh kesemua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air yg secukupnya.
2. Panaskan minyak di dlm kuali dgn api yg sederhana.
3. Celupkan ikan di dalam adunan tepung tadi.
4. Kemudian goreng sampai betul-betul garing.
5. Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba...
“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.