Pusat Bahasa Terengganu (PBT) di sini akan menambah tiga lagi bahasa untuk kursus kemahiran komunikasi bagi ditawarkan kepada umum pada tahun depan.
Penolong Pengurusnya, Norina Othman berkata, ia melibatkan bahasa Jepun, Jerman dan Perancis selain Inggeris, Arab dan Mandarin yang telah diperkenalkan.
Sehingga kini pihaknya masih membuka penyertaan bagi mencukupkan kuota pelajar seramai 30 orang untuk satu sesi pembelajaran bagi ketiga-tiga bahasa itu.
"Penambahan itu selaras dengan matlamat penubuhan PBT untuk melahirkan masyarakat yang menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa bagi menjana masyarakat berpengetahuan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, pelbagai pihak termasuk kakitangan kerajaan dan swasta, para perniaga dan pelajar sewajarnya tidak melepaskan peluang itu kerana ia mempunyai kepentingan dari segi urusan kerjaya, hubungan di peringkat antarabangsa dan pelajaran.
Katanya, PBT menyediakan segala keperluan seperti para pensyarah dan fasilitator yang berpengalaman untuk membantu para peserta.
Kursus bagi tiga bahasa yang diadakan selama ini mendapat sambutan menggalakkan di kalangan kakitangan kerajaan negeri dan agensi kerajaan serta di sektor pelancongan.
"Dengan penyediaan makmal bahasa bertaraf dunia dan bilik-bilik kuliah yang lengkap serta alat bantu mengajar yang terkini, pusat ini mampu menarik minat pelbagai peringkat usia," ujarnya.
Katanya, PBT yakin dapat memberi kepuasan kepada semua pelanggan dan membantu mereka memperoleh satu pengalaman pembelajaran yang berkesan di pusat berkenaan.
"Dengan pendaftaran penyertaan yang dibuka sepanjang tahun, masyarakat diharap dapat mengambil peluang ini khususnya para pelajar sekolah serta calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai persiapan mereka memasuki institusi pengajian tinggi kelak," katanya.
Ujarnya, bagi kakitangan kerajaan negeri, penyertaan mereka boleh dilakukan secara persendirian atau melalui jabatan masing-masing.
"Walaupun kursus ini tidak diwajibkan, adalah wajar mereka berbuat demikian kerana ini melambangkan keupayaan kakitangan kerajaan apabila berurusan dengan pihak luar khususnya agensi antarabangsa," ujarnya.
Di pusat ini katanya, mereka akan dinilai melalui tiga tahap penguasaan dan semua kakitangan kerajaan yang menyertai pembelajaran ini berjaya menguasai walaupun pada tahap satu.
"Ada juga di antara mereka begitu bersungguh-sungguh untuk menguasai bahasa kedua ini walaupun terpaksa menyertai kursus ini beberapa kali," katanya.
Pusat bahasa itu yang mula diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) pada Julai 2008 berhasrat untuk menjadi pusat utama bagi pembelajaran pelbagai bahasa di negara ini.
Sehubungan itu katanya, PBT melalui kerjasama dengan Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UNiSZA) kini dalam proses akhir untuk memperoleh sijil kemahiran yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Norina turut menambah, memandangkan industri pelancongan Terengganu berkembang begitu pesat pada hari ini, kewujudan PBT diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pemain industri.
"PBT sentiasa terbuka untuk menganjurkan pelbagai kursus kepada individu yang terlibat dengan industri tersebut seperti pemandu pelancong dan juga beca, pengusaha produk pelancongan serta pemilik-pemilik homestay di seluruh negeri," jelasnya.
Sumber di atas dipetik dari:
http://www.utusan.com.my
25/09/2010

“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
Sumber di atas dipetik dari:
http://www.utusan.com.my
25/09/2010