Membeli Juadah Berbuka Puasa di Pasar Besar Chabang Tiga


Admin dan keluarga....bergambar kenangan berlatarbelakangkan
Pasar Besar Chabang Tiga, Kuala Terengganu
.

Salam, semalam admin sempat merakamkan kenangan sewaktu berkunjung ke Bazar Ramadhan di Pasar Besar Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Walaupun jarak rumah admin agak jauh dengan lokasi bazar Ramadhan ini, namun kepelbagaian lauk pauk dan kuih muih yang terdapat di bazar ini sentiasa menggamit admin untuk berkunjung ke sini.


Di depan gerai ikan bakar yang menjadi pilihan admin setiap kali berkunjung ke sini.


Sata dan Pulut Panggang...antara makanan popular di Terengganu.

Antara menu sentiasa menjadi pilihan admin apabila berkunjung ke bazar ini ialah, ikan bakar, gulai daging kawah, kuih muih dan juga air buah. Kedatangan pengunjung ke bazar yang terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Chabang Tiga ini pasti tidak mengecewakan kerana banyak bahan-bahan makanan boleh di dapati di sini, termasuklah makanan basah (ikan dan daging segar) serta pelbagai jenis barangan lagi terdapat di Pasar Besar Chabang Tiga ini.


Roti Tempayan...juga terdapat di sini dan turut menjadi pilihan menu berbuka puasa.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

0 Responses