Perjumpaan Warga Pendidik Dengan MB

Admin (kiri) bergambar kenangan dengan rakan sejawat (mewakili SMK Belara)

Pada hari ini, admin menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Menteri Besar Terengganu Bersama Guru-Guru Sekolah Seluruh Terengganu, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Admin dimaklumkan perjumpaan kali ini hanya melibatkan guru-guru yang mengajar di sekolah yang berada dalam zon Terengganu Utara sahaja. Perancangan awal pihak pengurusan iaitu Jabatan Pelajaran Negeri ingin mengadakan perjumpaan ini bersekali dengan guru-guru yang mengajar dalam zon Terengganu Selatan, namun masalah tempat yang tidak mengizinkan untuk memuatkan jumlah guru yang seramai 7000 lebih sekaligus.

Apa yang admin ingin tonjolkan di sini, ialah antara kemudahan yang boleh di dapati di negeri Terengganu ini, terdapatnya tempat berkumpul atau berhimpun dalam keadaan yang selesa. Keselesaan yang dimaksudkan ialah Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu ini keseluruhannya berhawa dingin, dan ruangan utama (ruangan lantai) agak luas. Ini tidak termasuk ruang yang menempatkan kerusi tempat duduk di bahagian dalam yang mengelilingi ruangan utama stadium. Kemudahan surau dan bilangan tandas mencukupi untuk menampung jumlah pengunjung dalam satu-satu masa. Begitu juga kawasan luar stadium yang luas memudahkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan masing-masing. Lanskap yang terdapat di sekitar stadium tertutup ini sangat menarik dengan pokok-pokok bunga di jaga dengan rapi.

Akhir kata, datanglah ke Terengganu untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang bermanfaat kerana infrastruktur yang diinginkan semua ada di sini.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED.

0 Responses