Sekitar Ekspo Pendidikan Terengganu 2010


Pentas yang digunakan untuk majlis perasmian Ekspo Pendidikan Terengganu 2010
dihias oleh AJK dari SMK Belara, Kuala Terengganu.

Salam, kali ini admin ingin berkongsi informasi sekitar Ekspo Pendidikan Terengganu 2010. Ekspo Pendidikan Terengganu yang berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 26 hingga 28 September 2010 yang bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) telah dirasmikan oleh Y.B.Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Turut serta di majlis tersebut Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan Encik Razali bin Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Antara objektif ekspo tersebut diadakan ialah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah mencipta kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Disamping itu, ia juga memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah cemerlang peperiksaan awam dan pengurusan prasarana sekolah terbaik diperingkat negeri. Selain itu ialah untuk memperagakan aktiviti murid kepada masyarakat dan memperkasakan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Terdapat sebanyak 60 buah booth pameran, 40 buah sekolah dan 3 buah institusi yang terlibat. Antara Institusi Kemahiran yang turut serta ialah Institusi Latihan Perindustrian Gong Badak, Politeknik Kuala Terengganu dan Kolej Komuniti TESDEC.


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR EKSPO PENDIDIKAN TERENGGANU 2010
YANG MELIBATKAN AKTIVITI WARGA SMK BELARA



Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong (Pengarah Pelajaran Terengganu) dan Y.B. Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu) mengunjungi 'booth' SMK Belara.




“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
-AHMAD YUSRI BIN JUSOH @ MOHAMMED
dan
sumber yang dipetik dari:
http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/v2

0 Responses