Istana Nur Nadhirah


Gambar hiasan: Pintu utama Istana Nur Nadhirah.

Istana Nur Nadhirah telah didirikan pada tahun 1920-an isitu selepas termeterainya perjanjian Terengganu-Inggeris pada tahun 1919 yang antara lain kandungannya mengkehendaki Kerajaan Terengganu menyediakan sebuah rumah sebagai kediaman rasmi Penasihat Inggeris.

Semasa pemerintahan Jepun, istana ini dijadikan tempat kediaman Gabenornya Shuchiji Khaka
(Shu Chokan Kakha) manakala semasa pemerintahan Siam pula ia telah dijadikan tempat kediaman Gabenornya. Selepas Perang Dunia Kedua, istana ini dijadikan tempat tinggal Penasihat Inggeris sehingga Disember 1956.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, istana ini menjadi tempat kediaman rasmi Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu. Istana ini telah ditukar namanya kepada Istana Nur Nadhirah pada tahun 1998.



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



Sumber di atas dipetik dari:
http://www.istana.terengganu.gov.my
dan
sumber yang dipetik dari judul buku: Warisan Terengganu.


0 Responses