Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2010


Admin (sebelah kiri), hadir ke Program Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2010 yang diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Bagi menghargai jasa guru-guru di Terengganu, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta sebagai sagu hati kepada lebih 22,000 warga pendidik di negeri ini. Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada golongan guru yang komited mengharumkan nama Terengganu dalam bidang pendidikan tanah air.

Menurut beliau, hasil kegigihan para guru, Terengganu kini menduduki tangga teratas dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pencapaian itu termasuk kejayaan dinobatkan negeri terbaik selama sembilan tahun berturut-turut bagi UPSR, selain mengungguli peperiksaan SPM selama tiga tahun berturut-turut.

Tanpa mendedahkan bentuk sebenar 'hadiah' tersebut, Ahmad berkata, dia sendiri akan turun ke setiap daerah untuk menyerahkan penghargaan tersebut kepada setiap guru di negeri ini. "Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM2 juta bagi menyediakan 'hadiah' itu dan barangan tersebut sudah pun ditempah," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2010 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin dekat sini semalam. Pada majlis itu, pesara guru Ahmad Mahmood, 67, dipilih sebagai Tokoh Guru 2010. Beliau menerima wang tunai RM10,000, sepersalinan pakaian, pingat serta sijil penghargaan.

SENARAI PENERIMA ANUGERAH DAN HADIAH SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2010

Tokoh Guru 2010
Haji Ahmad bin Mahmood
80-7,KM.8.Binjai,
Jalan Air Puteh,
24000 Kemaman,Terengganu

Augerah Guru Inovatif Sekolah Menengah
Majidah bt Muhamad
SMK Menerong,Ajil,Hulu Terengganu

Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah
Norma bt Mohamad
SK Tok Jembal,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Inovatif Prasekolah
Anis Salwani bt Mahmood
SK Tengku Mahmud 11,Besut,Terengganu

Anugerah Guru Pendidikan Khas Cemerlang 2010
Sa’yah binti Abu Bakar
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Kurang Upaya Cemerlang 2010
Mohd Khairuddin bin Abdul Wahab
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Cemerlang Sekolah Rendah
Rusmadi bin Abdullah
SK Sura ,Dungun,Terengganu

Anugerah Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Fariza Nurbaya bt Mohamad
SMK Putra,Besut,Terengganu

Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Rendah)
SK Batu 7,Dungun,Terengganu

Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Menengah)
SMK Lembah Bidong,Setiu,Terengganu

Anugerah Asrama Cemerlang
SK Pasir Raja,Dungun,Terengganu

Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang
SMK Belara,Kuala Terengganu

Anugerah Penerbitan Dan Majalah Terbaik
SMK Chukai,Kemaman,Terengganu

Anugerah Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang
Pejabat Pelajaran Daerah Marang,Marang,Terengganu

Anugerah Tokoh NILAM Guru
Encik Alias bin Ismail
SMK Kuala Jenderis,Hulu Terengganu


Peraduan Menulis Artikel Pendidikan Kategori Guru:

Tempat Pertama
Pn. Hjh. Zainun bt. Mohd
SMK Tengku Lela Segara,Marang Terengganu

Tempat Kedua
Tn. Hj. Mat Husin bin Hj. Ghani
SMK Saujana,Setiu,Terengganu.

Tempat Ketiga
Pn. Nozna bt. Awang
SMK Pengkalan Berangan,Marang,Terengganu


Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Kategori Guru:
Tempat Pertama
Pn. Siti Hawa bt. Ibrahim
SMK Padang Midin,Kuala Terengganu

Tempat Kedua
Tn.Hj.Kadir bin Othman
SMK Seri Serating,Marang,Terengganu

Tempat Ketiga
En. Nazri bin Hussein
SK. Bukit Kuang,Kemaman,Terengganu



“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



Sumber di atas dipetik dari:
http://ppdkt.net/v1

0 Responses