Kedudukan Marang yang strategik berhampiran Kuala Terengganu serta pembangunan prasarana yang lengkap adalah tempat menguntungkan bagi pelabur - pelabur untuk melabur modal mereka. Usaha bersungguh - sungguh pentadbiran daerah ini adalah bagi merealisasikan harapan menjadikan Daerah Marang sebagai pusat pelaburan yang utama dan menguntungkan disamping mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Sumber di atas dipetik dari:
http://marang.pid.net.my
Kraftangan
Hasil kerja tangan ini diperbuat daripada rotan, buluh dan mengkuang dalam bentuk bakul, tudung saji, tikar, topi, lekor dan bermacam - macam lagi. Keluaran hasil tempatan ini boleh dibeli dikedai - kedai sepanjang jalan dari Kg. Ru Renggeh hingga ke Kg. Pulau Kerengga atau Gedung Tenunan dan Anyaman Karyaneka, Rusila.Keropok Lekor
Makanan segera yang popular ini diperbuat daripada ikan dan sagu. Ia boleh dimakan dalam keadaan rebus atau goreng dan paling sedap dimakan bersama sos cili/ air lada. Makanan ini boleh dibeli di kedai - kedai disepanjang jalan di Kg. Ru Renggeh hingga ke Kg. Ru Muda.Hasil Laut
Hasil laut dalam bentuk kering ini ialah ikan, sotong, udang, ikan bilis, belacan, budu dan keropok keping. Ini boleh dibeli di kedai - kedai disepanjang jalan di Kg. Ru Renggeh hingga ke Kg. Ru Muda.Batik Dan Songket
Hasil kerja tangan daripada kain ini dihasilkan sebagai hasil industri kampung di Kg. Tebakang, Kg. Ru Rendang. Batik dan songket sesuai dijadikan cenderamata dan boleh dibeli di kedai - kedai sepanjang jalan di Kg. Ru Renggeh hingga ke Kg. Ru Muda atau ditempat - tempat penghasilannya di Kg. Tebakang, kg. Ru Renggeh dan Kg. Ru Rendang.Ukiran Kayu
Hasil seni tangan ini dihasilkan di Kg. Ru Rendang dalam bentuk barangan perhiasan dan kelengkapan rumah. Pelawat boleh membeli atau menempah barangan yang dikehendaki di tempat pembuatannya di Kg. Ru Rendang.Air Nira
Air daripada mayang kelapa ini adalah produk bagi Kg. Kelulut. Ia sedap diminum dalam keadaan asli atau disejukkan. Minuman popular ini banyak dijualdi gerai - gerai tepi jalan di Kg. Kelulut dan Kg. Alur Tuman. Terdapat tiga jenis kelapa yang sering menjadi pilihan para pengusaha untuk dijadikan minuman iaitu kelapa pandan, kelapa mawar dan kelapa pandan wangi yang diambil sewaktu masih muda.“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”
Sumber di atas dipetik dari:
http://marang.pid.net.my