Pekerjaan Tradisi Orang Melayu Terengganu

Pekerjaan tradisi orang melayu Terengganu ialah:

1. Membuat Bot
Sehingga ke hari ini pembuat bot masih lagi ada terutama di Pulau Duyong dan juga Bukit Tumbuh. Ia juga merupakan mata pencarian utama kepada mereka. Selain daerah Kuala Terengganu, terdapat juga pembuat bot yang mahir seperti di daerah Besut (Kuala Besut), Setiu (Kampung Fikri) dan Kemaman (Kuala Kemaman).


Gambar hiasan: Aktiviti pembuatan bot.

Untuk menyiapkan sebuah bot, ia mengambil masa lebih kurang satu hingga dua tahun bergantung kepada saiz dan bentuknya. Ia disebabkan oleh faktor bahan atau kayu yang digunakan. Kayu perlu dikeringkan berbulan-bulan supaya mudah dilenturkan. Kayu yang sesuai untuk membuat bot ialah kayu cengal. Harga sebuah bot ialah antara RM100 000.00 hingga RM600 000.00 tidak termasuk harga enjin.

2. Menangkap Ikan
Pekerjaan nelayan adalah popular dalam kalangan penduduk yang tinggal berhampiran pantai. Antara perkampungan nelayan ialah Losong, Tanjung, Batu Rakit, Kuala Besut, Seberang Pintasan dan Kuala Kemaman. Pekerjaan nelayan tidak lagi menarik minat golongan muda kecuali sebahagian yang mewarisi pekerjaan keluarga.


Gambar hiasan: Sampan nelayan.

3. Membuat Keropok
Pekerjaan membaut keropok dikaitkan dengan kegiatan menangkap ikan di persisir pantai. Membuat keropok dianggap pekerjaan tradisi yang terkenal di negeri Terengganu. Terdapat perbezaan di antara keropok yang dibuat di Kelantan dan Pahang berbanding dengan keropok yang dibuat di Terengganu. Keropok yang dibuat di Terengganu mempunyai kandungan ikan yang lebih. Sekiranya pengunjung datang ke Terengganu, dianggap tidak lengkap sekiranya tidak membawa balik keropok ke destinasi masing-masing sebagai ole-oel. Perusahaan membuat keropok banyak diusahakan di perkampungan nelayan di Kuala Terengganu terutama di kampung Losong, Seberang Takir, Mengabang Telipot dan Batu Rakit. Untuk membuat keropok tidaklah begitu sukar. Caranya ialah dapatkan ikan segar seperti selayang, tamban, parang dan lain-lain. Ikan yang sudah diproses akan dicampurkan dengan sagu, garam dan perasa. Perusahaan membuat keropok telah berkembang dengan menggunakan mesin yang canggih sesuai dengan peredaran zaman.


Gambar hiasan: Keropok Lekor Rebus.

4. Membuat Batik
Membuat batik biasanya diusahakan oleh orang yang berpendapatan sederhana ke atas kerana ia memerlukan modal yang besar. Bagi memastikan perusahaan batik mendapat sambutan yang baik, pengusaha batik perlu memenuhi cita rasa pengguna. Oleh itu, pengusaha sentiasa mengubahsuai bentuk dan fesyen batik agar kelihatan cantik dan menarik.

Perusahaan batik banyak terdapat di Hiliran, Pulau Rusa dan Cendering. Salah sebuah syarikat pembuat batik yang terkenal di negeri Terengganu ialah Syarikat Noor Arfa Batik yang terdapat menembusi pasaran antarabangsa.

Gambar hiasan: Aktiviti mencanting batik.

5. Menenun Songket
Salah satu kegiatan tenunan yang utama ialah tenunan kain songket. Kain songket Terengganu memang halus buatannya. Pada hari ini kain songket masih lagi ditenun oleh penenun terutama di kampung Pasir Panjang dan Gong Tok Nasik, Kuala Terengganu. Untuk menghasilkan sehelai kain songket biasanya mengambil masa selama tiga hingga lima hari. Ia dibuat secara perseorangan dengan peralatan yang dipanggil 'K'. Sepasang kain songket untuk wanita biasanya berharga di antara RM500.00 hingga RM1500.00. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada mutu dan jenis benang.


Gambar hiasan: Aktiviti menenun Songket.


6. Menghasilkan Kraf Tangan
Perusahaan kraf tangan banyak terdapat di daerah Marang dan Cendering yang terletak lebih kurang tujuh hingga sepuluh kilometer daripada Kuala Terengganu. Banyak kedai di sepanjang daerah Marang menjual hasil kraf tangan yang diperbuat daripada rotan dan mengkuang seperti bakul, kerusi, meja, tempat letak barang-barang dan sebagainya.

7. Barang-barang Tembaga
Di Malaysia, hanya Terengganu yang banyak menghasilkan barang-barang yang diperbuat daripada tembaga. Antara barangan yang dihasilkan ialah bekas sirih, perhiasan rumah, bekas rokok dan sebagainya. Tempat yang terkenal membuat barangan tembaga ialah di kampung Ladang, Kuala Terengganu.


Gambar hiasan: Bekas Lilin Tembaga Asli.

8. Membuat Keris
Membuat keris dianggap salah satu pekerjaan tradisi di Terengganu. Hanya orang yang berminat dan berkemahiran sahaja yang akan dapat membuat keris dengan baik.

Membuat keris tidak memerlukan modal yang besar. Bahan yang perlu disediakan ialah pelbagai jenis pisau dan kayu, kikiran gading gajah dan juga besi. Keris memerlukan sarung dan ulu atau kepala yang cantik. Kayu yang biasa digunakan untuk membuat ulu dan sarung ialah "Sena", "Kemuning" dan "Leban". Untuk membuat sarung dan ulunya mengambil masa selama dua hari dan harganya lebih kurang RM70.00. Keris biasanya dua hari dan harganya lebih kurang RM70.00. Keris biasanya dibeli oleh orang yang berminat sahaja.

Ia boleh digunakan dalam istiadat kebesaran Diraja, majlis perkahwinan dan perhiasan rumah. Keris yang cantik biasanya berdasarkan reka bentuk ulunya yang mempunyai nama-nama tertentu. Antara nama ulu yang popular ialah "Jawa Demang", "Ayam Teleng", dan juga "Pipit".


Gambar hiasan: Keris dan Ulu.

Apa yang admin boleh katakan sehingga sekarang kecekapan orang Terengganu dalam membuat pekerjaan yang berasaskan tradisi adalah membanggakan. Admin mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Terengganu untuk melihat sendiri pembuatan batik, pembinaan bot oleh perusahaan menangkap ikan dan pelbagai hasil perusahaan tenunan dan kraf tangan dan sebagainya.


“TERENGGANU DESTINASI PILIHANKU”



Sumber di atas di petik daripada judul buku: Warisan Terengganu (ms38 hingga ms42)

0 Responses